HEBAT... keupayaan kereta Fun-Vii untuk mencapai Internet dan berubah rupa sekelip mata ditunjuk kepada umum. |
IA kelihatan seperti kerusi roda elektrik yang mempunyai ciri-ciri seperti kerusi malas, dikawal dengan dua alat khas di kiri dan kanan. Bagi Toyota pula, syarikat gergasi kenderaan dari Jepun itu melihatnya sebagai kenderaan masa depan.
TUMPUAN... walaupun kelihatan seperti kerusi roda, Toyota percaya i-Real ini menjadi pencetus kepada konsep kenderaan masa depan. |
Kenderaan diberi nama i-Real itu adalah satu daripada sekian banyak kereta unik yang dipamerkan di Pameran Motor Beijing, bulan lalu.
Turut dipamerkan, kereta Beetle versi elektrik keluaran Volkswagen.
Pameran tahun ini menarik penyertaan 2,000 syarikat dari 36 negara, selain 84 kenderaan baru yang belum pernah dipertontonkan kepada sesiapa hinggalah di Beijing.
Pameran tahun ini menarik penyertaan 2,000 syarikat dari 36 negara, selain 84 kenderaan baru yang belum pernah dipertontonkan kepada sesiapa hinggalah di Beijing.
Menurut beberapa penganalisis, sambutan hangat membuktikan pameran berkenaan semakin berpengaruh dalam pasaran kenderaan.
Ketika syarikat pengeluar kereta Barat dan Jepun menayangkan model terbaru masing-masing, syarikat tempatan pula menggunakan pameran berkenaan sebagai pentas membuktikan kemampuan mereka bersaing dengan negara lain.
Syarikat seperti Toyota juga memperkenalkan model keluarannya yang hanya dipasarkan di China, termasuk sejumlah kereta hibrid dan SUV, dengan kebanyakannya dibina di China.
Presiden Toyota, Akio Toyoda, berkata mereka mahu ‘meletakkan senyuman ke atas wajah pelanggan China’ dengan kereta menggunakan teknologi hibrid.
“Saya mahu rakyat China berpeluang mengalami keindahan teknologi hibrid melalui kereta seumpama itu yang dilahirkan di China,” katanya.
Kebanyakan kenderaan dipamerkan kali ini adalah jenis SUV dan kereta yang sesuai dipandu melalui jalan mencabar.
Kata penganalisis, kecenderungan itu bukan saja membayangkan peningkatan ekonomi China, malah pada sisi lain, ia mungkin menunjukkan betapa kualiti jalan raya di negara itu semakin buruk.
Syarikat MG turut menjadikan pameran di Beijing kali ini sebagai landasannya memperkenalkan sebuah kereta konsep, Icon, yang membuktikan bekas konglomerat Britain itu kini bernafas baru sejak diambil alih syarikat berpangkalan di Shanghai, SAIC.
Bagi Toyota, syarikat itu memang tidak asing lagi dalam usaha memperkenalkan kereta konsep yang aneh. Kali ini, Toyota tampil dengan kereta yang mampu mengubah penampilannya secepat kilat.
Kereta Fun-Vii misalnya, adalah kereta konsep dengan sebahagian daripada badan kenderaan itu diperbuat daripada panel sesentuh yang bukan saja membolehkan pemandu mengubah corak paparan, malah mampu menghubungkan kereta itu dengan laman sesawang pengedar untuk pemeriksaan.
Nama Vii itu adalah singkatan untuk ‘vehicle interactive internet’ (kenderaan interaktif Internet).
Kecanggihan Fun-Vii juga membolehkan ia mengucapkan alu-aluan kepada pemandu melalui paparan pada daun pintu. Kereta itu dipamerkan menjelang satu lagi pameran motor popular yang diadakan di Tokyo, Jepun.
Menurut Akio, sesebuah kereta mesti cukup menggoda emosi manusia. “Jika tidak menyeronokkan, ia bukan kereta,” katanya.
Sementara itu, menurut Toyota, mereka tidak bercadang menghasilkan Fun-Vii untuk pasaran buat masa ini.
Kata syarikat gergasi Jepun itu, mereka mempamerkannya kali ini sebagai model kenderaan yang boleh digabungkan dengan teknologi dan reka bentuk masa depan.
“Ia adalah lambang wawasan Toyota apabila manusia, kereta dan masyarakat saling berhubungan,” katanya.
Toyota juga memperkenalkan dua lagi kereta konsep dalam pameran di Beijing.
Kereta FT-EV III adalah kenderaan elektrik empat tempat duduk yang dicipta berdasarkan model iQ Toyota.
Ia dilengkapi bateri lithium-ion yang dianggarkan mampu membawa kereta bergerak sejauh 105 kilometer dengan sekali cas penuh.
Toyota membangunkan teknologi kenderaan elektronik dengan matlamat mampu melancarkan sebuah model untuk perjalanan jarak dekat pada tahun ini apabila pasaran untuknya berkembang di United Kingdom.
Sementara itu, konsep FCV-R (Kenderaan Bertenaga Sel – Realiti dan Revolusi) dianggap praktikal dan sesuai untuk kegunaan keluarga, serta digerakkan dengan hidrogen.
Model konsep itu membayangkan penghasilan kenderaan komersial Toyota yang digerakkan dengan kuasa bateri menjelang 2015. Apabila berjaya dihasilkan nanti, kereta itu mampu bergerak sejauk 692 kilometer untuk sekali cas.
TOKYO - (Malay translation) Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam.
Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".
Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.
Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.
"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.
Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan.