Kia bakal mempratonton konsep sedan kelas pertengahan di Geneva, Switzerland

Kia mempratonton konsep sedan kelas pertengahan di Geneva

Kia baru sahaja mengeluarkan satu gambar penggoda (teaser) dan kenyataan ringkas mengenai konsep terbaru mereka yang mana akan dibawa ke Geneva Motor Show nanti. Walaupun tidak banyak untuk diperkatakan, terdapat beberapa perincian yang boleh diutarakan.

Pertama, Kia berkata ia adalah sebuah model D-segmen, yang dipanggil sedan saiz pertengahan (midsize sedan). Ini menunjukkan satu model sahaja, Kia Optima (kini dipanggil Kia K5 di Malaysia). Memandangkan model semasa sudah pun mencecah usia lima tahun sekarang, yang memerlukan penggantian tidak lama lagi, kereta konsep ini boleh menjadi penampilan pertama model generasi keempat Kia Optima.

Apa yang menarik adalah bahawa konsep ini telah direka oleh studio reka bentuk Kia Eropah di Frankfurt, Jerman. Jika diperhatikan betul-betul, konsep ini kelihatan sungguh ke”Eropah”an, ala Jaguar dan Skoda. Selain daripada itu, konsep ini juga boleh bermakna bahawa konsep ini mungkin hanya cadangan Kia Jerman bagi penggantian Optima. Hmm…


Akhirnya perkataan “Elegant Energy” (sila rujuk siaran akhbar di bawah) mungkin adalah petunjuk bahawa akan adanya transmisi hibrid atau elektrik sepenuhnya. Apa pun, kita hanya akan ketahuinya tidak lalma lagi apabila konsep ini tiba di ekspo kereta terbesar Switzerland dalam beberapa minggu lagi. Kelihatan cantik, bukan?


Siaran Akhbar

ELEGANT ENERGY – KIA TO SHOW NEW CONCEPT CAR AT GENEVA

– Concept to be unveiled at the 85th Salon International de l’Automobile in Geneva on 3 March 2015
– D-segment model is the 11th concept car created by Kia’s European design studio
– The concept has been created as a spacious and versatile accessory to an active lifestyle

Kia Motors Europe will exhibit a stylish new concept car at the 85th Salon International de l’Automobile in Geneva on 3 March 2015.

This new D-segment model is the 11th concept car created by Kia’s European design studio in Frankfurt, Germany. With confident, powerful lines which sweep elegantly from Kia’s hallmark ‘tiger-nose’ grille towards the rear of the vehicle, Kia’s new concept car embodies modern design and refined, understated energy.

The concept has been created as a spacious and versatile accessory to an active lifestyle, as a purposeful, energetic design study for the style-conscious, and as a sanctuary from the stresses of the modern world..
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan