Jenama Kereta Lamborghini lancar telefon pintar berharga RM21,000


Lamborghini lancar telefon pintar berharga RM21,000

Setiap kali terdengar jenama kereta terkemuka Lamborghini melancarkan produk terbaru, pasti kita akan terbayangkan sesuatu yang mewah dan mahal, yang pastinya tidak mampu dimiliki setiap orang.

Jangan terkejut, kerana jenama Lamborghini baru saja melancarkan produk terbaru mereka iaitu telefon pintar android yang berharga 6,000USD atau mengikut pasaran Malaysia berharga RM21,385.

Memetik laporan daripada Tom's Hardware, telefon pintar mewah yang diberi nama Tonino Lamborghini 88 Tauri ini, merupakan telefon pintar paling mahal di dunia kerana ia dihasilkan dengan menggunakan logam titanium sebagai bahan utama.


Telefon pintar mewah ini dihadirkan dengan kemudahan dua slot kad sim dan dilengkapi dengan skrin HD 5 inci beresolusi 1080 pixel beserta 8 megapixel kamera hadapan yang pastinya sesuai untuk anda yang gemar ber'selfie'.

Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan cip pemprosesan 2.3GHz empat-teras Snapdragon, memori 3GB RAM, ruangan storan terbina 64GB, bateri berkapasiti 3400mAh dan kamera belakang 20-megapixel.

88 Tauri menawarkan tiga warna pilihan iaitu warna hitam, emas dan perak serta sarung kulit bergred tinggi dengan lima jenis pilihan warna.

Telefon bimbit ini juga hadir dengan 13 lagu nada dering daripada penerbit terkenal DJ Ravin.


[Sumber Foto:Tom's Hardware]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan