Honda Malaysia tawar program pakej baik pulih kereta terjejas banjir 2015

Banjir: Honda Malaysia tawar pakej baik pulih

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Banjir: Honda Malaysia tawar pakej baik pulih

Honda Malaysia mewujudkan program khas membantu pemilik kereta Honda yang terjejas akibat banjir, termasuk menawarkan diskaun 50 peratus bagi belian alat gantian tulen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Honda menjelaskan Program Bantuan Banjir itu bermula sekarang sehingga 31 Mac, 2015.


"Usaha ini bagi membantu pemilik kereta Honda yang mana kereta mereka terjejas dalam bencana buruk di sembilan negeri di Malaysia.

"Pelanggan dinasihati membawa bersama laporan polis berhubung kereta yang terjejas itu berserta polisi perlindungan insurans mereka ke mana-mana pengedar Honda di kawasan berkenaan.

"Ia bagi membolehkan kereta mereka dinilai dan dibaik pulih selepas keadaan banjir itu pulih," kata kenyataan itu.

Honda Malaysia turut menyifatkan program itu sebagai usaha kecil membantu meringankan beban pelanggan untuk membaik pulih kenderaan mereka.


Maklumat lanjut program boleh diperolehi menerusi talian bebas tol 1-800-88-2020.

- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan