Harga Petrol RON95 & Diesel Naik 20 Sen Mulai 12.01 Malam ini


Harga Petrol RON95 & Diesel Naik 20 Sen Mulai 12.01 Malam 

Harga baru bagi petrol RON95 & Diesel dinaikkan 20 sen seliter berkuatkuasa pada tengah malam ini.

Bermula jam 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual dengan harga RM2.30 seliter manakala Diesel pula RM2.20 seliter.

Harga RON95 pada masa ini dijual pada harga RM2.10 seliter & RM2.00 bagi seliter Diesel.

Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) sebentar tadi. Menurut KPDNKK, penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20 sen.

Bagaimanapun, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, Diesel & LPG bagi tahu 2014.

Desas desus dari sumber yang boleh dipercayai, kesemua subsidi petrol akan ditarik balik pada awal tahun hadapan.

NOTA KAKI: Jom guna NGV sebelum naik harga. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan