Proton sedang kemukakan permohonan pembiayaan


Proton telah mengemukakan permohonan untuk pembiayaan tetapi masih belum dipertimbangkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sebarang permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada ketersediaan dana dan analisis kos faedah yang menyeluruh.  


"Bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan, mana-mana syarikat boleh mendapatkan insentif cukai, geran penyelidikan dan pembangunan serta geran latihan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan peserta industri dalam Komuniti Ekonomi Asean di sini.

Mustapa Mohamed Mustapa

Pemberian dana itu, katanya, juga bergantung kepada merit dan sama ada ia sesuai dengan hala tuju strategik kementerian. - Bernama
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan