Proton lancar Proton R3 Suprima S Touring Car

Proton lancar Proton R3 Suprima S Touring Car

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Proton lancar Proton R3 Suprima S Touring Car

Proton telah mempamerkan “Proton R3 Suprima S Malaysian Touring Car” di Karnival Jualan Proton Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu yang masih berlangsung sehingga hujung minggu ini. Kereta ini bakal membuat kemunculan sulung dalam Malaysian Touring Car Championship 2014 Malaysian Super Series (MSS) Mac akan datang.

Dipandu boleh Pasukan Proton R3, kenderaan ini dikuasakan oleh enjin 1.6 litre Campro CPS 4-silinder yang telah diubah suai sepenuhnya, di mana hanya blok dan engkol aci enjin sahaja dikekalkan standard, untuk mengeluarkan output 178 hp pada 7,500 rpm and 224 Nm tork pada 4,000 rpm. Dibina dan diuji untuk ketahanan, enjin ini dipadankan dengan kotak gear F41 5 kelajuan. Dipasang rim ringan 15 inchi R3 dan tayar bersaiz 195/55 Hankook Ventus Z221.

Tidak seperti kereta lumba Preve R3, Proton R3 Suprima S ini mempunyai badan ringan yang unik, dengan sokongan casis tambahan, dan dipasangkan “roll-cage” enam mata.
Tangki bahan api telah dipindahkan ke kawasan but untuk meningkatkan agihan berat badan, manakala tempat duduk pemandu telah dipindahkan sedikit untuk meningkatkan radius penglihatan dan keselesaan.

Pusingan pertama 2014 MSS akan berlangsung di Litar Sepang, pada minggu yang sama berlangsungnya Perlumbaan Formula Satu (bermula 28 Mac) sebagai perlumbaan sokongan. Pasukan Proton R3 juara keseluruhan pada tahun 2012, dan secara keseluruhannya kelima pada tahun 2013.

Teruja? Apa komen anda?


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan