Tips Panduan Pemilihan Bateri Kereta

Ramai yang beranggapan bateri hanya digunakan untuk hidup kan enjin sahaja, selebih nya alternator yang menjalan kan tugas.
Tips Panduan Pemilihan Bateri Kereta

Ketika kita ingin membeli bateri baru untuk kereta, kebiasaan nya kita akan memilih sama ada bateri basah atau pon free maintenance battery.

tapi paling utama harga yang paling murah kan. 

Oleh itu admin berbesar hati ingin berkongsi sedikit informasi berkaitan dengan bateri kereta.

Perbezaan bateri basah (low maintenance) dan juga free maintenance bateri


Dua-dua jenis bateri ni sebenarnya memang jenis basah, hanya yang membezakan nya low maintenance perlu selalu check air bateri manakala free maintenance tak pelu check sampai akhir hayat nya

Low Maintenance Batteries. Ada cap yang boleh dibuka untuk topup air bateri

Kebiasannya Low Maintenance bateri harga nya lebih murah. Tetapi yang lebih utama perlu diambil kira adalah spesifikasi bateri yang ingin kita guna. Berikut adalah step by step sebelom kita membeli bateri baru

1. Lihat spesifikasi bateri asal yang dibekalkan oleh kilang


Type: Size bateri dan posisi terminal positif (L/R)

AH: Amps Hour (rating berapa jam bateri boleh tahan selama kereta tidak charge semula bateri)

RC: Reserve Capacity (jumlah minit bateri boleh bertahan dengan pelepasan 25 amp secara berterusan)

CCA: Cold crank amps (maksimum amp yang boleh dikeluarkan secara berterusan selama 30 saat pada 0°F sebelum voltan susut kepada tahap tidak boleh digunakan)


p/s: Pastikan pemilihan bateri baru tidak kurang dari spec asal

2. Pilih spec batari mengikut gaya pemanduan

* Pilih bateri nilai AH/RC yang besar sekiranya kereta jarang bergerak atau jarak pemanduan yg pendek, kerana ia tidak cukup masa untuk bateri di cas penuh.
* Pilih amps yang besar sekiranya memiliki audio sistem yang canggih
* Pilih bateri yang mempunyai penebat haba yang tinggi untuk iklim yang panas seperti negara kita

3. Lihat usia bateri yang tersimpan dalam store

Pastikan stok bateri yang hendak dibeli tidak terlalu lama ditinggal kan di store

4.Warranty

Simpan kad warranti kerana banyak kes bateri tak sampai setahun dah rosak. kebiasaan nya bateri ada 1 year warranty, tapi ada sesetengah nya beri 2 years warranty. tapi untuk teksi hanya 6 bulan je yang available. mungkin lg jauh perjalanan, hayat bateri jadi lg pendek.

Info Tambahan


Ramai yang beranggapan bateri hanya digunakan untuk hidup kan enjin sahaja, selebih nya alternator yang menjalan kan tugas. Sebenarnya bateri kereta berfungsi sebagai capacitor besar untuk menyimpan karen dalam masa yang sama stabil kan karen untuk di supply ke komponen kereta. Kita tidak boleh biarkan kereta dihidup kan secara berterusan tanpa bateri, ini kerana karen yang dihasilkan oleh alternator tidak stabil. Tanpa bateri, karen yang tidak stabil itu boleh akibat kan komponen elektronik terutama ECU boleh terjejas.

Begitu juga pendapat bagaimana bateri boleh mempengaruhi performance enjin? Bila amp bateri lebih besar, maka karen yang di dibekal kan kepada komponen enjin akan mencukupi. 

Sebagai contoh, apabila karen rumah tidak mencukupi asbab penggunaan yg berlebihan seperti musim perayaan, maka lampu tidak cukup terang. begitu juga dengan kereta, bila karen tidak mencukupi, karen yg diperlukan oleh spark plug juga akan berkurangan. Maka pembakaran juga kurang sempurna. Performance juga boleh terjejas.

Today’s modern vehicles and engines place great demands on automotive twelve volt battery systems. New vacuum controls and computerized engine diagnostic and control systems add to the demands placed on an electrical system. Larger and more elaborate passenger entertainment systems also place huge demands on a car’s battery. When the vehicle is running, the demand placed on the battery is greatly decreased. Demand placed on the battery is greatest when starting the engine. There are two main reasons for this. The first reason is that the ignition coil requires a larger spark than normal to start the engine. The second reason is the starter. There are a number of factors that affect how much demand, called starter draw, the starter places on the car’s twelve volt battery system. 


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan