PERODUA tawar bantuan kepada mangsa banjir

Pembuat kereta nasional kedua, PERODUA, menawarkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di Rawang, Selangor melalui rebat untuk khidmat menunda kenderaan, diskaun untuk gantian bahagian tertentu dan pemeriksaan percuma menilai kerosakan kenderaan terbabit.


Dalam kenyataan semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata bantuan itu untuk meringankan beban mereka yang terbabit dalam bencana berkenaan.

Pelanggan boleh menghubungi talian pengguna PERODUA 1800-88-6600 bagi mendapatkan maklumat atau talian 1800-88-5555 untuk bantuan tunda PERODUA Smart Assist.

Mengenai bantuan menunda, Aminar Rashid berkata pelanggan boleh menuntut sehingga RM100 daripada PERODUA mengikut syarat yang ditetapkan.

PERODUA juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk bahagian tertentu yang diganti seperti peralatan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan baik pulih gasket enjin.

“Selain mangsa banjir di Rawang, kami juga menghantar bantuan ke Pantai Timur yang dilanda banjir teruk baru-baru ini termasuk sumbangan RM150,000 tunai dan barang kepada mangsa di Kuantan dan Kemaman serta menggerakkan sukarelawan PERODUA untuk membantu pihak berkuasa di beberapa kawasan yang terjejas banjir,” kata Aminar Rashid.

Beliau berkata mangsa banjir itu turut membabitkan kakitangan PERODUA dan syarikat itu memberikan bantuan khas bagi membantu mereka.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan