Proton EMAS dipandu uji oleh Auto Express


Ianya merupakan jentera konsep yang bakal membanggakan jenama automotif nasional, Proton. Satu jentera dari masa hadapan. Diperkenalkan semasa Paris Motor Show pada September lepas, Lotus menonjolkan barisan jentera berkuasa dan juga yang berkonsepkan eco-friendly. Yang pasti, EMAS merupakan antara yang menarik perhatian dunia.

 

Dibangunkan oleh pemilik Lotus, Proton kini mendapat perhatian pihak Auto Express apabila diberi peluang untuk memandu jentera konsep ini. Mengikut kumpulan Auto Express, mereka membayangkan jentera EMAS ini satu saingan sengit Aston Martin Cygnet. Jaringan teknologi tambahan yang di-input kepada kereta ini membolehkan pembangun kereta sport untuk merendahkan kadar penggunaan karbon dioksida, CO2 dan mencapai standard undang-undang penggunaan bahan bakar.

 

EMAS merupakan singkatan untuk projek Eco Mobility Advance Solution (EMAS). Ianya dijana oleh motor eletrik dan penambahan enjin. Motor eletrik ini akan berpusing menggerakkan roda, dan kuasannya dijana oleh pek bateri yang diletakkan di bawah lantai jentera ini. Apabila dihidupkan, enjin Lotus akan mula menggerakkan kenderaan di samping mengecas semula bateri tersebut.

 

Berbekalkan enjin 3 silinder berkapasiti 1.2 Liter, EMAS boleh bergerak dengan banyak jenis bahan bakar, seperti petrol tanpa karbon, methanol hinggalah kepada Ethanol. Dengan isian penuh bateri dan tangki petrol, EMAS mampu bergerak sejauh 350 batu, termasuk 30 batu dengan kuasa eletrik. Keputusannya, jumlah CO2 yang digunakan hanyalah 60g bagi setiap kilometer.

Pihak Lotus memaklumkan EMAS boleh bergerak dari 0-100km/h dalam kurang dari 15 saat. Walaupun EMAS tidak selaju seperti mana barisan jentera berkuasa eletrik yang lain, ianya berkebolehan meluncur dengan baik dan selesa pada kelajuan 100km/h. Pada kadar inilah enjin berkeupayaan menjana semula cas bateri.

 

Pihak Auto Express menambah, kebolehan EMAS membuat pusingan juga agak mengkagumkan apabila membuat pusingan dengan stabil semasa laju dan juga semasa membrek. Keluasan rekaan dalam juga dikagumi apabila dikatakan EMAS memiliki ruang lebih besar daripada Mercedes B-Class, serta dilengkapi dengan cermin bumbung atas dan cermin sisi yang besar untuk memudahkan penglihatan.

 

Auto Express juga memaklumkan Lotus dan Proton bakal bekerjasama dengan pengeluar lain bagi mengeluarkan EMAS kepada produksi umum. Terdapat 3 model dijangka dikeluarkan, salah satu untuk pasaran Asia, Europe dan satu lagi model sport.
 
Sumber :auto express

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan