Lotus Racing lepaskan Fairuz?

Pelumba uji Lotus Racing, Fairuz Fauzy dikatakan semakin hampir untuk meninggalkan pasukan Formula Satu (F1) itu.

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Fairuz Fauzy Bukan Lagi Pemandu Ketiga Lotus Racing

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mofaz Racing, semalam, menyebut Fairuz mungkin tidak lagi berada pada posisi pemandu uji F1 bersama pasukan itu pada 2011.

Fairuz diumum sebagai pemandu ketiga pasukan Lotus Racing, yang sebelum ini dikenali 1 Malaysia F1 Team-Lotus.

Picture
Pelumba uji Lotus Racing, Fairuz Fauzy dikatakan semakin hampir untuk meninggalkan pasukan Formula Satu (F1) itu.

Sepanjang menjadi pemandu uji, Fairuz mengambil bahagian dalam lima sesi pemanduan ujian.

Sementara itu, pegawai media Lotus Racing, Tom Webb yang dihubungi di Norfolk, England, enggan mengulas laporan tersebut.

“Saya tidak boleh mengulas atau mengesahkan sama ada betul atau tidak perkara ini,’’ katanya.

Berikutan itu, Fairuz dikatakan sedia menimbang tawaran untuk menyertai pasukan lain.

“Perkembangan terbaru ini menyaksikan Fairuz akan melalui tahun 2011 tanpa kedudukan sebagai pemandu F1.

“Mungkin kerana ketidakmampuan penajanya untuk meraih dana yang diperlukan, ia memberi kesan terhadap posisinya bersama Lotus Racing, yang mana dana itu amat diperlukan untuk perkembangan 2011.

“Hanya minggu lalu, Lotus Racing telah melepaskan awal Fairuz dari kontrak selama lima tahun. Tindakan itu dilihat sebagai memberi kesan kepada pasukan itu setelah wawasan, pengalaman dan pendedahan yang dikecapi Fairuz selama lebih 12 bulan bersama Lotus Racing,” jelas kenyataan terbabit.

Kenyataan itu turut menyebut, tentang perkembangan pelumba itu selepas ini di mana Fairuz memutuskan untuk menimbang sedalam-dalamnya tentang pilihan serta tawaran lain yang diterimanya daripada pasukan F1 lain.

Kenyataan tersebut turut menambah, Fairuz mahu mendapatkan semula prestasi perlumbaannya.

“Selepas dinamakan sebagai pemandu ketiga dan pemandu simpanan pasukan Lotus Racing pada 2009, Fairuz sekadar melakukan lima sesi pemanduan ujian pada seluruh musim 2010.

“Walaupun Fairuz begitu menghargai peluang tersebut, itu bermakna dia mengorbankan perlumbaannya kerana kekurangan catatan trek masanya tahun ini,’’ katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan