Proton keluar senarai harga Proton Iriz

Dr. Mahathir Mohamad turut memandu uji PCC 'Iriz' di kompleks beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur, semalam. - PAULTAN.ORG

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Dr. Mahathir Mohamad turut memandu uji PCC 'Iriz' di kompleks beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur, semalam. - PAULTAN.ORG

Proton Holdings Bhd. (Proton) telah mengeluarkan harga untuk model terbaharunya, Kereta Kompak Proton (PCC) `Iriz' yang bakal dilancarkan pada 25 September ini setelah tempahan bermula pada minggu lalu.

Senarai harga tersebut merangkumi harga atas jualan untuk Semenanjung, Malaysia Timur, Labuan dan Langkawi untuk lapan varian.

Harga yang terendah adalah untuk model 1.3L Standard MT (Transmisi Manual) untuk warna solid yang dijual pada harga RM42,438 sebuah dan untuk varian yang paling mahal ialah 1.6L Premium CVT Metalik pada harga RM62,888 sebuah untuk Semenanjung.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memandu PCC 'Iriz' pada waktu pagi bersama pegawai-pegawai Proton untuk bersarapan di Pavilion.


Gambar beliau memandu model terbaharu Proton itu telah dirakam dan disiarkan dalam blog.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan