Perodua Axia – spesifikasi dan harga, empat pilihan varian
Perodua Axia – spesifikasi dan harga, empat pilihan varian
Perodua Axia 1.0 E
Pilihan varian paling rendah atau asas untuk model Axia ini hanya boleh didapati dengan transmisi manual (lima kelajuan) sahaja. Berikut ialah senarai ciri-ciri yang terdapat untuk varian ini;
Rim keluli 14 inci dengan penutup plastik
Kombinasi Lampu belakang dari LED
Tempat duduk jenis fabrik
Tingkap berkuasa elektrik
Indikator ECO Drive (kawalan untuk cekap bahan bakar)
Stereng berkuasa
Dua beg udara keselamatan (pemandu dan penumpang hadapan)
Immobiliser
Harga
1.0 E Manual – RM24,900 (solid)
1.0 E Manual – RM25,300 (metalik)
Perodua Axia 1.0 G
Kepada yang mahukan transmisi automatik, varian ini merupakan model terendah dengan pilihan transmisi auto. Axia 1.0 G ini turut menawarkan pilihan transmisi manual dengan lima kelajuan.
Rim aloi bersaiz 14 inci
Remote control entry and alarm
Sensor undur
Cermin sisi dengan pelarasan elektronik
Bilah pengelap cermin belakang serta defogger
Pemain CD dengan empat pembesar suara
Tempat duduk pemandu dengan pelarasan ketinggian
Kotak syiling atau kotak pelbagai guna
Isofix untuk tempat duduk bayi atau kanak-kanak
Tali pinggan kaledar dengan penggera
Harga
1.0 G Manual – RM32,800 (solid)
1.0 G Manual – RM33,200 (metalik)
1.0 G Automatik – RM34,800 (solid)
1.0 G Automatik – RM35,200 (metalik)
Perodua Axia 1.0 SE
Pilihan Axia 1.0 SE pula mempunyai elemen luaran yang berbeza berbanding dengan pilihan asas E dan G. Senarai ciri-ciri yang ditambah untuk model 1.0 SE berbanding 1.0 G;
Lampu hadapan jenis projektor
Kit badan SE dengan aero bumpers, skirt sisi serta spoiler belakang
Lampu kabus
Sensor hadapan untuk parkir
Gril hadapan dengan kemasan krom
Unit Audio dengan CD, MP3 dan sambungan Bluetooth
Tempat duduk jenis Semi-bucket
Kemasan dalaman berwarna perak dan krom
Hiasan tambahan untuk tombol gear dan brek tangan
ABS, EBD dan bantuan brek
Filem cermin keselamatan (Security tint film)
Harga
1.0 SE Manual – RM37,900 (solid)
1.0 SE Manual – RM38,300 (metalik)
1.0 SE Automatik – RM40,900 (solid)
1.0 SE Automatik – RM41,300 (metalik)
Perodua Axia 1.0 Advance
Pilihan varian paling tinggi atau premium ialah Perodua Axia 1.0 Advance. Maaf, varian ini cuma ditawarkan dengan transmisi automatik sahaja – tiada manual. Luaran seperti model SE, namun ada penambahan di bahagian dalaman;
Sistem audio dengan paparan skrin sentuh bersama DVD, Bluetooth juga GPS
Tempat duduk balutan kulit
Stereng dengan balutan kulit disamping terdapat butang kawalan audio
Harga
1.0 Advance Automatik – RM44,900 (solid)
1.0 Advance Automatik – RM45,300 (metalik)
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
Tags