2014 Volkswagen Polo Sedan CKD dilancarkan di Malaysia - Harga bermula RM85,888
Model sedan kompak dengan enjin 1.6
liter MPI iaitu Volkswagen Polo Sedan dilancarkan di pasaran Malaysia
pada bulan April 2012 yang lalu dengan tanda harga RM99,888.00, tidak termasuk kos pendaftaran dan insuran.
Sekarang selepas lebih daripada setahun
ianya berada di pasaran tempatan, Volkswagen Malaysia bakal
memperkenalkan Polo Sedan 2014 versi terbaharu yang menerima beberapa
peningkatan lebih menarik berbanding versi terdahulu.
Ketika ini anda sudah boleh mendapatkan
maklumat serba lengkap mengenai Polo Sedan 2014 melalui laman sesawang
rasmi Volkswagen Malaysia, termasuk harga anggaran yang lebih rendah
bermula dari RM85,888 sahaja.
Volkswagen Polo Sedan 2014 yang
dikatakan versi pemasangan tempatan ini masih dikuasakan enjin petrol
empat silinder 1.6 liter MPI dengan kuasa 105PS dan tork maksimum 153Nm,
yang dipadankan transmisi automatik enam kelajuan dengan Tiptronic.