Audi, BMW dan VW dirankingkan 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin

 

Audi, BMW dan VW ranking 10 terbawah dalam kajian reliabiliti enjin

Menurut satu kajian terbaru oleh Warranty Direct, dikatakan kereta buatan Jerman tidaklah sehebat yang disangka ramai. Warranty Direct telah mengkaji data tuntutan bagi menyusun senarai pengeluar kereta yang memiliki enjin paling “reliable”, dan mendapati bahawa Audi, BMW dan Volkswagen berada di 10 tangga terbawah daripada sejumlah 36 jenama pengeluar kereta.

Malah , satu-satunya firma yang mempunyai kadar kegagalan enjin yang lebih teruk daripada Audi adalah MG Rover. MINI pun tidaklah hebat mana, menduduki tempat ketiga dari bawah , manakala syarikat induknya BMW berada di tangga ketujuh dari bawah. Dan, walaupun memiliki reputasi reliabiliti hebat  , Volkswagen hanya mampu berada di tannga kesembilan dari bawah.


Honda berjaya mengalung pingat emas, di mana kajian tersebut mendapati bahawa hanya satu dalam setiap 344 enjin Honda gagal berbanding satu dalam setiap 27 enjin Audi. Toyota menduduki tempat kedua dan Mercedes berjaya mengatasi jenama-jenama senegaranya di tangga ketiga.

Duncan McClure, Pengarah Urusan Warranty Direct, berkata bahawa kegagalan enjin adalah yang perkara paling teruk bagi seseorang pemilik kenderaan, kerana pembaikan seperti ini boleh membawa kepada kos yang  sangat tinggi kerana komponen dan masa yang diperlukan untuk membaikinya. Tambahannya lagi, suatu kegagalan enjin pada Range Rover Evoque suatu ketika dahulu, pernah membawa kepada tuntutan tertinggi yang pernah diproses oleh Warranty Direct, iaitu sebanyak £ 13,000.

Bagaimana, apa kata anda? Tidak hairanlah jualan Honda dan Toyota hebat di Malaysia, bukan?
SUMBER : Autoexpress

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan