Audi A8 5.5 boleh masak nasi


Mahu Dekati Budaya Asia, Audi Perkenalkan Kereta Dengan Periuk Nasi Terbina

Pada tahun 2015 Audi Japan telah memperkenalkan model edisi terhad iaitu Audi A8 ‘5.5’. Untuk membuatkan model ini lebih dekat dengan budaya Jepun, Audi mengambil sebuah langkah yang belum pernah dibuat pengeluar kereta Eropah lain iaitu dengan penyediaan periuk nasi terbina.

Untuk pengetahuan anda, 5.5 yang tertera pada model ini bukanlah merujuk kepada cc kereta tersebut sebaliknya diinspirasikan daripada terma terma ‘gohan’ yang bermaksud nasi di dalam Bahasa Jepun.



Berdasarkan apa yang dinyatakan Audi, periuk nasi yang tersedia di dalam kereta ini dibina khusus berdasarkan prestasi engine Audi A8 yang berkuasa tinggi. Bermula dari segi pemanasan sehinggalah kepada penghasilan nasi yang terbaik pengguna boleh nikmati di dalam sebuah kereta mewah ini.


Malangnya, Audi A8 edisi terhad ini cuma sekadar gimik daripada Audi untuk melariskan jenamanya sahaja. Audi A8 5.5 edisi periuk nasi ini hanyalah sekadar jenaka April Fool sempena kempen pemasaran mereka pada tahun 2015.

Untuk meredakan kemarahan dan kekecewaan golongan bangsawan yang sudah membuat tempahan untuk model ini pada tahun tersebut, Audi telah menghadiahkan sudip nasi edisi Audi khas buat para pelanggan.


Perkara ini juga sebagai tanda terima kasih Audi buat para pembeli yang terus percaya dengan ‘inovasi’ daripada jenama mereka. Bijak jugak cara Audi atasi masalah kekecewaan pelanggan ini. Untung Audi, prank dapat marketing pun dapat.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan