Perodua lancar SUV pertama Perodua Aruz!

Perodua sasar penjualan 31,200 unit Perodua Aruz

Perodua Aruz telah menerima 2,200 tempahan sejak ianya dibuka bermula 3 Januari lalu.

Perusahaan Automobil Kedua (Perodua) menyasarkan jualan sebanyak 31,200 unit tahun ini bagi Kenderaan Sport Utiliti (SUV) keluaran syarikat itu, Perodua Aruz yang dilancarkan secara rasminya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin berkata, jumlah tersebut diunjurkan berdasarkan sasaran jualan bulanan bagi SUV tersebut iaitu sebanyak 2,500 unit sebulan.

Menurut beliau, Perodua Aruz telah menerima 2,200 tempahan sejak ianya dibuka bermula 3 Januari lalu.


"Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan insan, mereka sentiasa berusaha untuk menjadikan teknologi dan trend automotif terkini mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.


"Dengan Perodua Aruz, rakyat Malaysia kini boleh menikmati kelebihan sebuah SUV, termasuk ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat di dalam kenderaan mewah," katanya pada majlis pelancaran Perodua Aruz di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking; Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa.

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan harga ditawarkan masing-masing di atas jalan sebelum insurans ialah RM72,900 dan RM77,900.

Antara ciri keselamatan yang terdapat pada SUV itu ialah Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ISOFIX serta enam beg udara manakala varian Advance dilengkapi dengan sistem Advanced Safety Assist (ASA) 2.0.

Perodua Aruz juga telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Sebanyak lima warna ditawarkan kepada pengguna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Gray dan Amazon Green.

Zainal berkata, sebanyak 95 peratus komponen Perodua Aruz yang merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) keemoat daripada syarikat tersebut merupakan sumber tempatan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan