Honda dedah penampilan baharu Honda CR-V 2015

Honda dedah penampilan baharu Honda CR-V 2015

Di Paris Motor Show 2014 , Honda mendedahkan penampilan terbaharu Honda CR-V yang merupakan salah sebuah SUV paling laris di dunia. Menurut Honda UK, model berkenaan akan turut ditawarkan dengan enjin diesel yang lebih berkuasa disertai pilihan transmisi automatik 9-kelajuan.

Versi terkini Honda CR-V akan dilengkapi enjin diesel 1.6 liter i-DTEC empat silinder yang dibawa daripada siri penjana kuasa moden Earth Dreams Technology, membolehkannya menawarkan prestasi cemerlang bersama-sama pelepasan emisi CO2 yang rendah. Enjin terbaharu tersebut menggantikan enjin diesel 2.2 liter pada model berkenaan.

Apabila dipadankan transmisi manual 6-kelajuan, enjin diesel yang lebih berkuasa itu menghasilkan janaan kuasa setinggi 160 PS dan tork 350Nm, dengan emisi CO2 serendah hanya 130 g/km. Ianya adalah peningkatan sehingga 11 peratus berbanding unit enjin terdahulu. Bagi model dengan transmisi 9-kelajuan pula, emisi yang dilepaskan kurang daripada 135 g/km – 20 peratus lebih baik berbanding model pendahulunya.


Bagi model CR-V diesel dengan sistem pacuan dua roda, ianya boleh didapati dengan transmisi manual dan dilengkapi enjin 1.6 liter i-DTEC dengan kuasa 120 PS. Pelepasan emisi bagi model tersebut kini serendah 117 g/km. Honda CR-V versi ‘facelift’ terkini akan dikeluarkan dari kilang berteknologi tinggi Honda di Swindon, UK untuk pasaran Eropah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan