Menteri JPJ: Denda RM2,000 atau penjara 6 bulan jika guna lampu kenderaan HID


Segera tukar jika tidak mahu disaman

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan mengenai larangan penggunaan lampu kereta HID atau High Intensity Discharged yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan pengguna jalan raya lain sekali gus mendatangkan kemudaratan.

Lampu HID ini merupakan lampu yang tidak menggunakan filamen tetapi gas Xenon dan dikatakan tahap keterangan lampu ini adalah tiga kali ganda berbanding lampu kereta halogen yang didapati pada kebanyakan kenderaan.


Menurut portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemasangan lampu HID sebagai aksesori adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu berkenaan yang mendapat akreditasi daripada SIRIM.


Kenderaan yang didapati menggunakan lampu HID akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 dan jika disabit bersalah, pemilik kenderaan boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan di bawah Seksyen 119(1) APJ 1987.



Mana-mana pemandu akan diberi masa selama 10 hari untuk menukar semula lampu HID kepada lampu asal.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sinchew

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan