Myvi 2018 memukau

Myvi 2018 memukau

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)



Myvi Serba Baru memukau

Lampu hadapan LED, akses pintar dengan butang mula/henti enjin dan enjin empat silinder DOHC Dual VVT-i.

Ini adalah antara ciri standard Perodua Myvi Serba Baru bakal dilancarkan tidak lama lagi dan pastinya memukau sesiapa sahaja yang masih mencari kenderaan sesuai dengan nilai wang dilaburkan.


Bukan itu sahaja, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) turut ditawarkan bagi semua varian model popular ini.


Bermula 8 November lalu, Perodua membuka tempahan bagi Myvi Serba Baru dan menyasarkan 6,000 unit tempahan setiap bulan.


Menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, angka itu boleh dicapai dalam tempoh tiga bulan pertama berdasarkan populariti dan keyakinan orang ramai terhadap model Myvi.


“Model ini sebenarnya sangat dekat di hati rakyat sehingga berjaya mencatatkan jualan sejuta unit dalam tempoh 12 tahun.


“Myvi Serba Baru ini model pertama yang dibangunkan sepenuhnya jurutera tempatan,” katanya ketika Majlis Pengumuman Khas Media di Perodua Sentral.

Serentak dengan pengumuman tempahan itu, Perodua turut memperkenalkan logo baru Myvi bagi menggantikan logo lama yang digunakan sejak 2011.



SISTEM ASA bagi varian 1.5L Advance


“Ini logo ketiga diperkenalkan sejak model ini mula dilancarkan pada 2005, bertujuan membezakan generasi baru Myvi dengan model sebelumnya.

“Reka bentuk logo baru ini lebih menarik, sesuai dengan generasi muda yang juga pembeli terbesar Myvi,” katanya.

Perodua Myvi Serba Baru ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.3G Standard (MT) berharga RM44,300, 1.3G Standard (AT) berharga RM46,300, 1.3X Premium (AT) berharga RM48,300, 1.5 High (AT) berharga RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) berharga RM55,300.

Enjin bagi varian 1.3L dan 1.5L adalah yang terbaru dipasang di kilang Daihatsu-Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan.

Enjin 1.3L menghasilkan 94hp @ 6,000rpm dan tork 121Nm @ 4,000rpm sementara 1.5L menawarkan kuasa 102hp @ 6,000rpm serta tork 136Nm @ 4,200rpm.

Varian 1.3L didatangkan dengan empat beg udara manakala tambahan dua beg udara sisi tingkap untuk varian 1.5L.

Sistem Henti Melahu (Eco Idle System) adalah standard bagi varian 1.3X Premium dan 1.5L selain Alat Pembaca Tol Terbina Dalam (1.5L sahaja).


Pilihan warna ditawarkan ialah Kelabu Granite, Hijau Pepermint, Merah Lava, Ungu Mystical, Perak Glittering dan Putih Ivory.

ENJIN EEV bagi varian 1.3L dan 1.5L


HARGA PERODUA MYVI SERBA BARU


• Perodua Myvi 1.3G Standard (MT) RM44,300

• Perodua Myvi 1.3G Standard (AT) RM46,300

• Perodua Myvi 1.3X Premium (AT) RM48,300

• Perodua Myvi 1.5 High (AT) RM51,800

• Perodua Myvi 1.5 Advance (AT) RM55,300.



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan