Pelancaran Proton Saga 2016 Harga Bermula dari RM37,000

(Video & Foto) Proton Lancar Saga Baru, Harga Bermula dari RM37,000

SHAH ALAM , 28 Sep: Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan model terbaharu Saga di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Kereta yang dijana enjin 1.3 liter VVT itu didatangkan dalam empat varian iaitu 1.3L 5MT Standard; 1.3L CVT Standard; 1.3L CVT Executive dan 1.3L CVT2 Premium.
Foto : Twitter/@BroJinggo



Hadir sama, Pengerusi Proton yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.



Sementara itu, Utusan Online melaporkan harga bagi Proton Saga baru bermula dari RM37,000 hingga RM46,000.






Sumber : BH Online, Utusan Online

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan