Seorang pemilik Proton Preve memuat naik sebuah video di Facebook Group, [PREVOC] - Proton Preve Owners Club, yang menunjukkan ‘anak-anak buahnya’ yang berjaya ‘menelan’ Mitsubishi Evo di sebuah lebuh raya.
“Veve vs ebo. Hebat ank2 buah abuya. Baru ank buah ebo dh x blh nk gigit. hahahaha. maaf la ye klu ade owner ebo kt dlm ni. kami x sengaja nk tinggalkan awak. hahaha,” katanya dengan begitu bangga sekali.
Bagaimanapun, ‘provokasi’ lelaki yang menggunakan nama Chan Abuya CFE ini, menarik perhatian admin group Lancer Evolution Club Malaysia.
Ame Amzar, mencabar Abuya untuk berentap di mana-mana lebuh raya bagi membuktikan kehebatan jenteranya yang kononnya lebih kuat.
“Saya wakil Lancer Evolution Club Malaysia a.k.a one of admin, nap menacer Abuya ni konon nye Preve dia kuat untuk try dengan Evo9 atau Evo8 sy boleh pilih mana dia suka. Kalau dia kalah, sy mintak 1 jeh. Bakar kereta on the spot. Kalau dia memang, sy pon bakar evo sy. Ada telur respond. xde telur, jangan bising2. Geng2 tolong inform Abuya ni yea,” katanya.
Tetapi, apa yang dilihat pada video, ia cuma aksi memotong kenderaan dengan kelajuan biasa. Bukannya berlumba pun.
Lelaki bernama Abuya ini hanya membuat provokasi sahaja. Namun, ia telah membangkitkan ketidakpuasan hati pemilik kereta Evo. - MYMEDIAHUB
NOTA KAKI: Setakat potong lane je pun.. gi mati. Haha!