Tun Mahathir melancarkan keluaran baru Proton Suprima S Standard


Spesifikasi Proton Suprima S Standard Bocor

Sudah lebih daripada setahun sejak Proton Suprima S dilancarkan. Walau bagaimanapun, penjualannya boleh dikatakan tidak berapa memberangsangkan. Model ini dikatakan mempunyai ciri-ciri terbaik Proton tetapi dijual pada harga yang terlalu “premium”. Proton sudah bersedia untuk memberikan varian ini satu tambahan trim “Standard” yang jauh lebih murah untuk mendapatkan sambutan dari pengguna jalanraya.

Satu imej yang telah dimuat naik ke forum Lowyat.net menunjukkan spesifikasi bagi varian Suprima S Standard yang menarik minat ramai rakyat Malaysia.


Varian Standard ini mengekalkan enjin 1.6 Liter Campro CFE Turbocharged yang digabungkan dengan kotak gear 7-Speed CVT Protonic. Proton mengambil langkah untuk mengurangkan ciri-ciri keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC) dan Traction Control (TC); dan juga mengurangkan beg udara daripada enam kepada dua sahaja.



Agak mengecewakan di mana ciri-ciri ESC dan TC ini diberikan sebegai standard kepada kesemua model Proton Iriz tetapi tidak pula pada model Suprima S Standard.



Kebanyakan aksesori seperti YES 4G Internet, skrin sesentuh, navigasi GPS, tint cermin, map lamp hadapan dibuang dari model Standard ini. Pada bahagian luar pula, lampu foglamp hadapan, lampu LED juga dibuang. Dijangka rim 16-inci yang digunakan pada varian Eksekutif akan digunakan pada model ini juga.



Dengan peninggalan beberapa spesifikasi tersebut, dijangka varian Standard ini bakal dijual di bawah RM70,000.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan