5 Tanda ini sudah masa anda perlu memeriksa brek anda

renaultpedals_1_1500x0

5 Tanda anda perlu memeriksa brek anda

Beberapa saat sebelum satu kemalangan, antara komponen terpenting yang dapat menyelamatkan nyawa anda ialah brek, dan itu pun hanya jika anda menyenggara sistem keselamatan kritikal ini dengan baik.

Brek tidak boleh menjadi sebahagian yang seksi pada sebuah kereta, tetapi ia pasti adalah salah satu bahagian terpenting. Memberi perhatian kepada tanda-tanda amaran yang menunjukkan keperluan penyenggaraan (atau servis) brek mungkin bermakna perbezaan antara hidup dan mati di atas jalan raya.

Sudah tentu, terdapat beberapa tanda-tanda jelas bahawa brek anda perlu diservis, seperti lampu brek yang terdapat pada papan pemuka kereta anda atau perasaan bahawa kenderaan anda memakan masa yang lebih lama untuk berhenti daripada yang sepatutnya.

Dalam mana-mana kes, anda perlu membawanya ke mekanik terdekat untuk dapatkan pemeriksaan brek secepat mungkin. Tetapi adakah anda tahu terdapatnya tanda-tanda lain yang boleh menunjukkan sistem brek yang sedang tenat? Di sini, kami senaraikan lima tanda yang mungkin, mungkin, mungkin boleh memberi amaran awal dan menyelamatkan nyawa anda suatu hari nanti.


1. Pad brek menipis

Sebelum kita mulakan, mari kita kaji bagaimana brek anda berfungsi.

Kebanyakan kereta menggunakan apa yang dikenali sebagai brek cakera. Ia berfungsi sama seperti brek basikal sepuluh-kelajuan. Sistem hidraulik yang dipenuhi dengan cecair brek menggerakkan satu set pengapit dikenali sebagai angkup (calipers), menyebabkan mereka menghimpit cakera yang dikenali sebagai rotor (cakera). Geseran yang berlaku antara pad dan rotor akhirnya memberhentikan kereta.


Dari masa ke masa, seperti yang anda boleh bayangkan, pad akan mula menipis, yang bermakna ia akan menjadi kurang berkesan untuk memberhentikan kereta anda.

Mujurlah, memeriksa ketebalan pad brek begitu senang sekali. Apa yang perlu lakukan adalah melihat di celah-celah jejari roda anda untuk melihat pad brek. Anda hanya perlu menganggarkan bahawa kebetalan pad brek itu adalah ¼ inchi. Jika ianya lebih nipis dari itu, disyorkan anda tukar pad brek anda.

Jejari rim yang standard biasanya tidak direka untuk membolehkan anda melihat jelas apa di celah-celahnya. Anda mungkin terpaksa membuka roda (atau hantar sahaja ke kedai tayar), untuk melihat rotor seperti yang dinyatakan di atas. Sepatutnya permukaannya licin. Jika anda lihat terdapatnya alur pada rotor, mungkin tiba masanya untuk anda menggantinya sekali. Iyalah, masalah rotor ini tidak akan berlaku sekiranya anda menjaga pad brek anda dari awal lagi, bukan?


2. Bunyi

Jika anda terdengar sesuatu yang pelik pada kereta anda, pasti dan pasti ada sesuatu yang tidak kena. Begitu jugalah bunyi akan terhasil brek anda mula bermasalah.

Bagi sesetengah kereta, salah satu tanda amaran bahawa brek anda perlu diservis ialah pekikan sensor daripada sistem brek kereta akan terhasil, menandakan pad brek anda sudah mula menipis. Bunyinya kuat dan jelas.

Selain pekikan dari sensor seperti yang dinyatakan di atas, anda juga akan mendengar bunyi pengisaran (grinding) yang kuat. Ini bermakna bahawa pad brek anda telah habis semuanya, dan apabila anda menekan brek, logam angkup (caliper) berlaga dengan rotor anda. Jika tidak ditukar cepat, ada kebarangkalian bahawa anda perlu juga menukar rotor, seperti yang dinyatakan pada tanda amaran no 1 tadi.


3. Penarikan

Pernah anda terasa kereta anda seolah-olah bergerak dengan sendirinya, seolah-olah ia mahu membelok ke kanan atau ke kiri semasa memandu atau semasa menekan brek?

Punca “penarikan” ini mungkin berpunca daripada angkup yang tersekat. Kerana senario sedemikian akan menyebabkan geseran pada hanya satu roda dan tidak pada yang lain, menyebabkan kereta anda boleh tertarik ke tepi pada sisi yang mana angkup (caliper) itu tersekat.

Senario berkaitan masalah brek yang lain adalah hos brek yang rosak akan menyebabkan angkup anda bergerak tidak sekata apabila pedal brek ditekan, atau pad brek yang tidak rata, yang juga akan memberikan tekanan brek yang berbeza kepada setiap roda.

Walau bagaimana pun, penarikan ini tidak sentiasa menandakan masalah brek. Puncanya juga boleh datang dari tayar tidak sekata atau pancit, alignment yang teruk atau masalah dengan suspensi kereta anda. Disebabkan itu, jika penarikan sebegini berlaku, ada baiknya anda terus ke mekanik untuk mendapatkan pemeriksaan penuh.


4. Terasa getaran/denyutan pada pedal brek


Jika anda pernah menekan brek pada kereta yang memilik brek anti-kunci, maka anda sudah biasa dengan getaran laju yang dihasilkan oleh sistem ini (dengan membrek berkali-kali dengan pantas) untuk memperlahankan kereta. Walau bagaimanapun, jika denyutan pedal brek dapat anda rasai dalam keadaan biasa (tanpa menekan brek) , anda mungkin ada masalah dengan rotor anda.

Secara umumnya, brek bergetar ketika kereta bergerak menandakan rotor anda meleding. Permukaan yang tidak rata pada rotor akan bergesel-gesel atau mengetuk pad brek, yang dapat anda rasai pada pedal brek itu sendiri.

Rotor biasanya hanya meledingkan apabila ianya berada di bawah tekanan yang melampau dalam tempoh masa yang panjang. Haba geseran yang terhasil kerana selalu memandu di bukit curam atau kerap kali memberhentikan kereta ketika menunda sesuatu yang berat, boleh menyebabkan logam rotor untuk bertukar bentuk.

Bagi mereka-mereka yang selalu naik turun bukit curam, disyorkan anda selalu periksa rotor anda.


5. Tanda pada tekanan pedal brek

Akhir sekali, pedal brek anda dapat memberikan tanda-tanda lain yang memungkinkan sistem brek kereta anda perlu diperiksa.

Pedal brek yang longgar, yakni pedal yang perlu ditekan sehingga ke lantai sebelum brek berfungsi, boleh menunjukkan pad brek anda haus atau terdapat masalah dengan sistem hidraulik, seperti terdapat udara dalam sistem, kebocoran udara atau kebocoran cecair brek.

Untuk memeriksa kebocoran cecair brek, letakkan satu papan putih atau sekeping kadbod di bawah kereta semalaman. Pada waktu pagi, periksa jika terdapat cecair yang terkumpul di atasnya. Cecair brek kelihatan jelas dan konsistennya seperti minyak masak.

Sebalinya, pedal brek yang ketat adalah pedal yang hanya perlu ditekan sedikit sahaja, terus brek digerakkan. Ini boleh menandakan rotor sekata, cecair brek kotor atau pencemaran cecair brek akibat kelembapan.

Diharap artikel di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengenal pasti tanda-tanda permasalah brek, bagi mengatasi kemalangan yang tidak diingini suatu hari nanti. Sila kongsikan kepada rakan anda jika artikel ini bermanfaat ya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan