Unit pameran dan pandu uji Perodua AXIA telah tiba di Ampang!
Sebentar tadi rakan kita Zaki Zahini pula telah menghantar beberapa keping foto unit pameran dan pandu uji Perodua AXIA yang telah tiba di Ampang.
Foto di bawah menunjukkan bentuk susunan lampu belakang LED yang menyala ketika brek ditekan. Ini adalah kali pertama kita dapat melihat lampu belakangnya menyala.Walaupun dalam segmen A, tetapi ruang bagasinya agak luas, 260 liter dan ini mungkin menjadi faktor utama yang menarik minat pembeli selain daripada enjin yang menjimatkan petrol dan harganya yang berpatutan. Saya menjangkakan AXIA mampu menggantikan Myvi sebagai model paling laris Perodua selepas ini. :)
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
Tags