TERKINI!: Foto belakang Proton Iriz varian Premium!
Khas untuk *rodong-rodong setia funtasticko.net, buat kali kedua kita dapat melihat rupa belakang Proton Iriz@Proton Compact Car! Walaupun fotonya agak sedikit kabur, namun kita sudah boleh melihat bentuk keseluruhan bahagian belakang. Elemen rekaan Proton EMAS masih dibawa tetapi kedudukan lampu belakang telah diubah secara menegak.
Saya beranggapan faktor kos dan keperluan ruang boot lebih luas menyebabkan perubahan dibuat. Di bahagian bumper terletak ruang untuk nombor plet dan diffuser dengan pemantul cahaya dikedua-dua sisinya.Terdapat juga ruang untuk lampu kabus belakang di tengah, tetapi dikosongkan dan saya jangka ia hanya untuk pasaran eksport terutama di Australia dan UK. Apa pendapat semua, ok tak? ;)
* Harap ada la foto yang lebih jelas selepas ini. * Rodong-rodong loghat orang Pahang, maksud dia kawan-kawan, hehehe.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.