Bahaya tayar untuk perjalanan lewat malam

Bahaya tayar untuk perjalanan lewat malam

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


My true story..

Pada jam lebih kurang 12.30 pagi saya dalam perjalan ke Negeri Sandakan dari Negeri Kota Kinabalu. 

Semasa melalui jalan lebih kurang berada di Batu 30, tiba-tiba tayar saya meletup dan lantas itu saya berhenti di tepi jalan untuk melihat keadaan tayar kiri depan kereta saya. Rupanya tayar saya terdapat 2 koyakan yang mana mampu muat 4 jari orang dewasa dan menghairankan koyakan itu bukanlah di bawah tapi di tepi tayar tersebut. Tayar Continental tersebut saya baru beli dalam 2 minggu dan sungguh tidak mempercayai mampu meletup sewaktu dalam perjalanan malah dalam keadaan hujan lebat.

Tiba-tiba, lebih kurang 50 meter di belakang terdapat kereta putih seperti Viva memasang lampunya memang sudah parking di tepi jalan dan keluar 2 orang dari kereta tersebut datang ke arah saya secara selamba. Di dalam benak fikiran, takkan semuanya kebetulan, dan waktu hujan lebat itu pula tiba-tiba datang "hero" mau tolong. Memang mustahil dan saya rasa perkara ini sabotaj samada ingin melakukan jenayah atau ingin mendapat keuntungan cepat.

Belum sempat mereka sampai ke arah saya, saya meluru masuk ke dalam kereta dan teruskan perjalanan walaupun hanya tinggal rim sahaja yang berfungsi menggantikan tayar. Selepas bebrapa Kilometer, terdapat sebuah pondok dan sekitar kawasan yang berlampu, saya berhenti dan menukar tayar saya.

Pengajaran, jangan balik terlalu lewat malam terutama di jalan-jalan yang sunyi dan gelap. Jangan mudah percaya situasi "coincidence" ataupun kebetulan dengan faktor-faktor yang tidak logik. Sayangi nyawa dan keselamatan diri lebih dari kereta atau rim yang menawan. Teruskan oerjalanan jika terdapat berlaku kesangsian ataupun keraguan.

Sekian pengalaman pertama seperti ini untuk dikongsi kepada warga FB terutama yang selalu jalan jauh.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan