Perodua memperkenalkan Myvi FEM khusus untuk wanita

Inilah dia… Perodua Myvi 1.5 Limited Edition sempena FEM

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


KUASA WANITA PADU!

Hanya untuk wanita. Itulah kelebihan golongan berkenaan selepas Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan varian Myvi 1.5 edisi istimewa yang dikenali sebagai Pergerakan Memperkasakan Wanita (FEM).

Bagaimanapun, hanya 60 unit ditawarkan untuk varian itu dan bakal pemiliknya mestilah ahli FEM.

Picture

Malah, beberapa syarat perlu dipenuhi seperti wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah memiliki sebuah Perodua atau sekurang-kurangnya pernah memandu kenderaan jenama itu.

Antara ciri istimewa bagi model yang didatangkan khas dengan warna putih itu ialah pelekat bergaya pada bahagian pintu belakang dan bonet, ruangan dalaman dipertingkatkan dengan padanan kerusi yang dibalut material kulit serta alas kaki tertera logo FEM.

Papan pemukanya diperkemaskan lagi dengan sistem multimedia yang dilengkapi navigasi dan kamera undur, selain stereng turut dibalut dengan kulit dua warna iaitu hitam dan merah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, harga Myvi edisi istimewa itu tidak berubah biarpun pihaknya menambah aksesori itu bernilai RM4,000.

Menurutnya, usaha dilakukan itu adalah bagi memberi penghargaan kepada pelanggan wanita dengan menawarkan produk yang unik.

Picture

“Buat masa ini hanya 60 kereta ini dijual dan jika mempunyai permintaan, kita akan mempertimbang­kan untuk menambah atau sebaliknya,” katanya selepas pelancaran FEM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mereka yang menjadi ahli FEM akan menerima pelbagai kelebihan seperti hadiah hari lahir, selain berpeluang menghadiri bengkel memperkasakan wanita dan dijemput menghadiri majlis pelancaran Perodua.

Jika berminat, boleh mendaftar di laman sesawang www.peroduafem.com.my.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan