Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS13) sudah memperkukuh kedudukannya dalam kalangan pameran motor terunggul di Asia Tenggara yang dijangka menarik 330,000 pengunjung.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk
Hasan Malek berkata KLIMS13 diiktiraf sebagai satu acara penting bagi
industri automotif tempatan dan mungkin satu daripada pameran yang
paling dinanti oleh sektor pengguna di Malaysia.
“Pameran motor ini sudah terbukti sebagai platform yang berkesan
dengan kuasa meyakinkan bagi syarikat automotif memperkenal kenderaan
permotoran dan produk automotif,” katanya pada perasmian KLIMS13 dan
serentak itu, penutupan persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur
keempat di sini, semalam.
Edisi kelapan KLIMS bertema ‘Efficiency in Motion’ itu menampilkan 78 jenama termasuk Citroen, Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Lexus, Nissan, Perodua, Peugeot, Toyota, Subaru dan Volkswagen.
Edisi kelapan KLIMS bertema ‘Efficiency in Motion’ itu menampilkan 78 jenama termasuk Citroen, Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Lexus, Nissan, Perodua, Peugeot, Toyota, Subaru dan Volkswagen.
Pameran yang dibuka kepada orang ramai mulai esok hingga 24
November ini bertujuan mengutarakan momentum baru bagi kecekapan bahan
api dan revolusi hijau yang berlaku dalam industri automotif sekarang.
Hasan berkata penganjuran KLIMS13 perlu, terutamanya dalam iklim ekonomi semasa kerana ia membantu merangsang kepenggunaan dan perdagangan domestik.
Beliau berkata. pameran motor itu adalah satu platform yang baik bagi syarikat automotif mendekati pembeli kereta baru atau menguja pemilik kereta semasa untuk menaik taraf kenderaan mereka atau mengkaji semula pilihan mereka.
KLIMS13 anjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan diuruskan oleh Interexpo (M) Sdn Bhd, itu meliputi ruang pameran seluas 30,000 meter persegi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Berpeluang dapat melihat Ford Shelby GT500 Cobra didepan mata. Mantap.
ReplyDelete