Ford EcoSport, Fiesta baru diperkenalkan di KLIMS 2013

Ford perkenalkan EcoSport, Fiesta baru

Ford Motor Company meneruskan matlamat penguasaan model kereta kompaknya menerusi pengenalan SUV Urban EcoSport yang dilengkapi enjin 1.5 liter Ti-VCT global Ford dan Fiesta baru dengan enjin 1.0 EcoBoost.


Kedua-dua unit ini akan dipasarkan mulai pertengahan tahun depan dengan harga jangkaan RM98,000 hingga RM108,000 bagi Ecosport dan RM96,000 hingga RM99,000 untuk fiesta EcoBoost selain dibuka untuk tempahan mulai esok.

Teknologi pada Fiesta baru ini menggabungkan sistem pengecas turbo, pancitan terus bahan api dan injap pemasaan boleh ubah bagi menawarkan penjimatan bahan api untuk kenderaan kelas kompak.


Ia mempunyai enjin tiga silinder 1.0 liter berbanding empat silinder yang mana membolehkan penjimatan bahan api dan petrol.

Ecosport pula mempunyai sistem ketersambungan dalam kereta yang diaktifkan dengan suara, SYNC.

Model Ecosport yang ditampilkan menerusi Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2013 adalah 98 peratus mirip unit sebenar manakala Fiesta EcoBoost berada pada tahap 78 peratus.

Ford tampil dua model baru

Kuala Lumpur: Ford Motor Company meneruskan matlamat penguasaan model kereta jenis kompak menerusi pengenalan EcoSport yang dilengkapi enjin 1.5 liter Ti-VCT global Ford dan Fiesta baru dengan enjin 1.0 liter EcoBoost yang dijangka dapat mengukuhkan kedudukan jenamanya di negara ini.

Kedua-dua model yang dipamerkan menerusi Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2013 itu akan berada di pasaran tempatan pada pertengahan tahun depan.


Pengarah Pemasaran dan Jualan Ford ASEAN Randy Krieger berkata, pelancaran dua model baru itu akan membantu membina strategi pertumbuhan syarikat yang didorong oleh produk di Malaysia.

“SUV Urban Ecosport menampilkan enjin 1.5 liter Ti-VCT global Ford manakala Fiesta baru menggunakan enjin tiga silinder 1.0 liter EcoBoost yang menggabungkan sistem pengecas turbo,” katanya.


“Ford SUV Urban Ecosport juga mengetengahkan teknologi terkini termasuk Kemasukan Tanpa Kunci Pintar, Ford Power Start dan alat pengesan ketika mengundur. Ia juga dilengkapi dua beg udara, beg udara sisi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan Program Keselamatan Elektronik,” katanya kepada Bisnes Metro.

Harga jangkaan bagi SUV terbabit adalah antara RM98,000 hingga RM108,000 dan RM96,000 hingga RM99,000 untuk model Fiesta EcoBoost.


“Penggunaan enjin tiga silinder mampu memberi penjimatan bahan api dan petrol berbanding enjin empat silinder sebelum ini,” katanya.


Sementara itu, Pengurus Serantau Kumpulan Pasaran Membangun Asia Pasifiknya David Westerman berkata Ford Fiesta terbaru itu menawarkan tambahan penjimatan petrol sebanyak 20 peratus dan pengurangan karbon sehingga 15 peratus.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan