Pembelian kereta di Malaysia rata-rata meningkat. Tidak perlulah kita sandarkan pada indeks jualan kereta dan sebagainya. Cukup lah jika kita banding para pelajar university 10 tahun lepas tidak ramai menaiki kereta ke kolej, tetapi pelajar kini, setidak-tidaknya ibubapa belikan Viva kecil untuk kegunaan seharian sebagai seorang pelajar.
“Freshgrads” kini pula “tak nak kalah” memandu Honda City, Toyota
Vios, satu petanda yang institusi perbankan tempatan sungguh mudah
memberi pinjaman kereta, dengan promosi seperti tiada downpayment,
interest rendah dan sebagainya. Malangnya, terlalu banyak rakyat
Malaysia berpendapatan sederhana membeli kenderaan yang mereka tidak
mampu, dan terjerumus dalam kesimpitan hidup.
Menurut Wisebread, satu kajian oleh Interest.com menunjukkan bahawa
pendapatan keluarga berpendapatan sederhana dalam semua negeri di
Amerika kecuali satu bandar utama (Washington DC), tidak mampu membayar
harga purata yang dibayar oleh penduduk Amerika untuk kereta baru.
Maksudnya di sini, jika harga purata harga kereta yang di bayar oleh
penduduk Amerika ialah USD 500, maka semua penduduk Amerika kecuali di
Washington, tidak mampu.
“Car Affordability Study”
2013 laman web menggunakan Hukum 20/4/10 (akan diterangkan kemudian)
dan berdasarkan data mengenai pendapatan, insurans kereta, kadar cukai
jualan kenderaan dan beberapa maklumat lain untuk menentukan apa yang
keluarga berpendapatan median dalam 25 kawasan metro terbesar mampu
berbelanja pada kenderaan baru.
Kajian tersebut mendapati bahawa terdapat jurang perbezaan julat yang
tinggi, di mana di Washington mereka mampu membayar kereta sehebat BMW
X1 tetapi penduduk di ceruk kampung hanya mampu membeli kereta murah.
Ini mungkin disebabkan undang-undang dan cukai di Amerika berbeza
mengikut negeri, dan yang paling penting, pendapatan penduduk di bandar
besar jauh lebih daripada pendapatan penduduk luar bandar.
Konklusi kepada kajian tersebut ialah di Amerika, sangat ramai
berbelanja lebih dariapada apa yang mereka mampu untuk kereta mereka. AK
tahu, ini sememangnya data kajian daripada Amerika yang mempunyai harga
kereta yang rendah, tetapi apa salahnya jika kita menbaca. Sebelum ini
AK ada juga yang mendengar teori jika anda mampu membayar kereta
tersebut dalam masa 4 tahun, maka anda mampu lah membeli kereta idaman
anda itu. Seperti juga di Amerika, kita di Malaysia berbelanja lebih
daripada kemampuan kita untuk kereta.
Peraturan 20/4/10 untuk Mengawal Perbelanjaan Kereta
Bagaimana kita hendak mengetahui jika anda mampu kereta baru atau tidak? Gunalah peraturan 20/4/10.
Secara ringkasnya, kaedah itu berkata pembeli perlu:
- Meletakkan sekurang-kurangnya 20% duit muka (downpayment)
- Membiayai kenderaan untuk tidak lebih daripada empat tahun
- Pastikan jumlah perbelanjaan bulanan kenderaan – termasuk prinsipal, faedah, dan insurans – di bawah 10% daripada pendapatan kasar
Mari kita lihat hukum ini satu persatu.
20% Duit Muka
Meletakkan 20% duit muka (atau lebih) memastikan anda tidak membuat
pinjaman yang terlalu besar. Bayaran muka yang besar akan mengurangkan
jumlah faedah yang anda akan membayar dengan mengurangkan saiz pinjaman
anda. Jika anda kurang 20% daripada harga kereta itu (tunai), ia adalah
petanda kenderaan tersebut terlalu mahal untuk anda.
Membiayai Tiada Lebih Empat Tahun
Pemberi pinjaman boleh menawarkan lebih lama jangka masa pinjaman,
tetapi ia tidak akan memberi manfaat kepada anda. Semakin lama tempoh
bayaran balik, semakin tinggilah pinjaman (kerana faedah) dan semakin
lama anda menunggu sebelum kereta itu betul-betul menjadi milik anda.
Jumlah Perbelanjaan bawah 10% daripada Pendapatan Kasar
Anda tidak perlu meletakkan lebih daripada 10% daripada pendapatan
bulanan anda ke dalam kenderaan. Kurang daripada 10% adalah lebih baik.
Malah, kurang daripada kira-kira 30% daripada pendapatan anda perlu
pergi ke arah membayar balik semua pinjaman anda. Iya, apa yang
dimaksudkan di sini ialah semua pinjaman anda termasuk rumah, pinjaman
peribadi, hutang PTPTN dan sebagainya.
Sudah tentu, peraturan 20/4/10 hanyalah garis panduan, bukan satu
peraturan yang diwajibkan. Garis panduan lain mengatakan perbelanjaan
kereta, termasuk bayaran kereta, insurans, dan pembaikan, tidak boleh
melebihi 20% daripada gaji bersih bulanan.
Daripada menggunakan formula sebagai kaedah pengukuran untuk semua
benda, ada baiknya anda menggunakannya sebagai panduan dan juga untuk
memahami perbelanjaan anda, bercakap dengan bank yang berbeza tentang
pilihan pinjaman, dan apa yang paling penting sekali ialah jujur
tentang apa yang anda mampu.
Bagaimana anda menentukan bajet anda untuk kenderaan? Kongsikan di ruang komen