Rolls-Royce Jangka Pertumbuhan kukuh di Asia untuk tahun 2014

Makin ramai yang kaya, Rolls-Royce Jangka Pertumbuhan kukuh di Asia

Jenama mewah Rolls -Royce terus melihat pertumbuhan ketara di Asia, walaupun kemerosotan dalam segmen mewah massa China.
Ketua Pegawai Eksekutif Rolls- Royce, Torsten Müller- Ötvös , baru-baru ini telah membuat kesimpulan lawatannya ke rantau ini dan diperhatikan bahawa terdapatnya pertumbuhan yang kukuh di rantau Asia.

Müller- Ötvös telah membuat lawatan ke bilik pameran pembuat kereta mewah British yang diperbesarkan di Singapura dan merasmikan satu majlis di Kuala Lumpur untuk meraikan permulaan jualan Rolls-Royce di Filipina.


Keyakinan terhadap jenama ini terus berkembang di Jepun oleh kerena kejayaan menembusi pasaran Osaka baru-baru ini dan kini berkembang ke ruang premium yang lebih besar di Tokyo.

Bilangan individu kaya (ultra-high net worth individuals) juga telah meningkat sebanyak 11 peratus.

Rolls-Royce juga terus melaporkan pertumbuhan suku ketiga dan tahunan yang kukuh di China.
 

“Saya gembira untuk melaporkan pertumbuhan yang sangat menyenangkan di seluruh Asia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Torsten Müller- Ötvös . “Meneruskan kejayaan dalam pasaran yang sedia ada dan kejayaan menembusi pasaran baru merupakan perkara penting dalam pelan pertumbuhan jangka panjang kami yang mampan.”

SUMBER : Autoguide

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan