Mazda memperkenalkan konsep Furai di Pameran Auto Detroit kembali pada tahun 2008.
Mazda Furai bukan sahaja satu kereta konsep yang cantik, kerana ia
menghasilkan 335kW dengan setup tiga rotor pemutarnya, telah membantu
mengiyakan dakwaan bahawa Mazda telah menghasilkan satu kereta super
(supercar) sebenar.
Namun, sekarang kereta tersebut hanyalah bangkai kereta hangus terbakar, di tangan Top Gear UK.
Menurut Motorauthority, tidak dapat dipastikan bagaimana cerita ini berjaya disembunyikan untuk sekian lama. Sehingga kini, tiada sebarang komen rasmi mengenai bagaimana ini berlaku.

Namun, dalam dunia di mana berita boleh bergerak merentas benua dalam
beberapa saat, sangat dikagumi bahawa tiada siapa yang tahu mengenai
kejadian ini sekian lama.
Mazda dan Top Gear telah menjalankan tugas
yang cukup baik untuk menutup cerita ini dengan tenang.
Jika ia berlaku
pada hari ini, ia pasti terpapar di Twitter, Instragram, dan Facebook
dalam masa beberapa minit. Atau saat, mungkin.
Agaknya bagaimana kejadian ini berlaku?
Ramai pihak meneka bahawa Jeremy Clarkson memaksa lebih output kuasa di trek Gear Top, membuatkan Furai terbabas.
Dari situ, tiga rotor pemutar yang telah dipaksa bekerja keras menjadi panas, mungkin ditambah dengan sedikit kebocoran minyak, dan kemudian … booom!.
Sayang, kereta sebegitu cantik diranapkan raksasa. Apa pandangan anda? Tentunya anda kenal siapa Jeremy Clarkson bukan?

SUMBER : www.motorauthority.com