Jualan Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd naik 15.6 peratus pada suku ketiga tahun ini, berbanding suku sebelum ini, sementara mencatatkan jualan tahun ini setakat ini sebanyak 5,747 kenderaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata Mercedes-Benz
Commercial Vehicles dan Mitsubishi FUSO mencatatkan jualan tahun ini
setakat ini sebanyak masing-masing 100 unit dan 1,885 unit.
“Sambil kami meneruskan pelaburan kami di Malaysia, kami berharap
Belanjawan 2014 akan menggalakkan pasaran adil untuk mengekalkan daya
saing dan yang paling utama, pertumbuhan industri automotif global,”
kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Roland Folger.
Kenderaan penumpang Mercedes-Benz Malaysia mencatatkan pertumbuhan
keseluruhan 40.2 peratus pada suku ketiga, berbanding suku kedua tahun
ini.
Peningkatan didahului oleh A-Class baharu yang mencatatkan
pertumbuhan 933.3 peratus, diikuti B-Class (30.1 peratus) dan S-Class
(44.4 peratus).
Ia mendapat sambutan menggalakkan untuk kenderaan penumpang A dan E
Class, yang dilancarkan pada suku kedua dan ketiga tahun ini.
A-Class yang dilancarkan pada Jun, meneruskan trend meningkat dengan
permintaan kukuh yang konsisten, mencatatkan jualan 340 unit.