Perodua panggil balik 74,000 unit Myvi generasi baru untuk menggantikan lajur Electronic Power Steering (EPS)

2011_perodua_myvi_02

Perodua memanggil balik 74,000 unit model Myvi generasi baru yang dikeluarkan pada Mac 2011 dan Mac 2012 untuk menggantikan lajur Electronic Power Steering (EPS) melalui kempen yang dinamakan “Preventive Measure Campaign”. Perodua akan menanggung segala kos untuk menggantikannya dan pemilik model tersebut disarankan untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Perodua terdekat secepat yang mungkin.
Masalah tersebut boleh mengakibatkan pemandu akan merasa stereng berat sedikit semasa memandu pada kelajuan antara 30 km/h dan 40 km/h dan boleh dikesan apabila penunjuk EPS dinyalakan. Isu ini boleh diatasi untuk sementara dengan mematikan dan menghidupkan semula enjin kereta.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan