Aseelah – Kereta Sedan pertama keluaran Arab Saudi

depan versi NEO


Menurut laporan dari The Media Line bertarikh 9 Disember 2010, Aseelah, model kenderaan hasil pembangunan dan rekaan King Abdul Aziz City for Science and Technology (KACST), bakal menjadi kenderaan pertama keluaran negara Arab Saudi, isyarat utama bahawa industri automotif pertama negara itu akan bermula. Disasarkan untuk pasaran tempatan dengan harga bajet rendah, model konsep sedan dengan lima penumpang itu telah diperkenalkan kepada umum sewaktu International Exhibition for Motor Vehicles di Riyadh, yang berlangsung baru-baru ini.

Anda mungkin meminati Proton Satria Neo, tetapi agak keberatan untuk membelinya kerana anda memerlukan sebuah kereta sedan dengan ruang penumpang dan tempat menyimpan barang-barang seperti Proton Persona. Kini impian anda tercapai, tetapi bukan di negara kita, sebaliknya jauh di negara arab sana apabila sebuah model kenderaan yang terhasil dari kacukan Satria Neo dan Persona telah menjadi kenyataan, sesuatu yang kita tidak pernah jangkakan di sini. Proton Satria Neo yang bergabung dengan Proton Persona itu diberi nama ‘Aseelah’.

Apa yang membuatkan kita tertanya-tanya ialah bagaimana dalam diam-diam Proton telah bekerjasama dengan KACST untuk membangunkan model Aseelah. Memang agak mengejutkan, itu menunjukkan bahawa Proton, mungkin juga Group Lotus benar-benar sibuk sejak akhir-akhir ini bila mana projek automotif global mereka sedang berjalan rancak di seluruh dunia. Namun masih belum dapat dipastikan sama ada Aseelah akan menjadi kenderaan pertama yang bakal dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi atau sekadar kenderaan konsep sahaja. Apabila pengeluaran pertama Aseelah bermula nanti, kita mempunyai satu lagi sebab untuk berbangga dengan Proton.




proton Aseelah??

depan versi NEO


belakang Proton Persona


lampu depan Neo

side mirro persona

Engineer saudi telah dihantar ke syarikat Proton Malaysia untuk mendapat latihan mendesign kereta. “Aseelah” ini adalah hasil setelah beberapa bulan pembelajaran, latihan dan amali . Dalam tempoh itu mereka telah berjaya mendesign semula sebahagian part kereta daripada luar dan dalam dan meningkatkannya. Ini diperkirakan sebagai peringkat permulaan dalam Projek pemindahan teknologi pembuatan kereta kepada Saudi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan