Panduan Membeli Kereta Terpakai di Jepun

Kali ini saya ingin kongsikan panduan membeli kenderaan terpakai di Jepun. Kita boleh bayar secara tunai ataupun membuat loan untuk membeli kereta di sini. Namun fokus saya kali ini, membeli kereta terpakai secara tunai di kedai. Bukan auction ya! 😉

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


PANDUAN MEMBELI KERETA TERPAKAI DI JEPUN

Jepun merupakan negara pengeluar kereta terbesar di dunia. Jadi tidak hairanlah kereta Jepun menawan hati ramai peminat automotif di seluruh dunia. Begitu juga dengan kereta terpakai dari Jepun yang sinonim dengan kualitinya yang tinggi.

Kali ini saya ingin kongsikan panduan membeli kenderaan terpakai di Jepun. Kita boleh bayar secara tunai ataupun membuat loan untuk membeli kereta di sini. Namun fokus saya kali ini, membeli kereta terpakai secara tunai di kedai. Bukan auction ya! 😉

Mungkin maklumat ini berguna pada mereka yang baru datang ke Jepun atau yang sedang bercadang membeli kereta. Kawan-kawan di Malaysia juga boleh ambil tahu bagaimana cara kami berurusan di sini. Manalah tahu ada yang berminat nak beli kereta di sini. So kenalah tahu cara kan? Hehe


Nak tahu? Boleh baca. Panjang sikit ni. Tak nak tahu, lantak lah.😜

Terdapat 4 langkah utama sebagai SOP untuk membeli kereta di sini. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:


1) Cari kereta di laman sesawang CarSensor/GooNet/Gazoo dll.


Di laman web inilah kita boleh mencari kereta yang diinginkan. Bermula dengan jenama, model, tempat jualan, harga, tahun register, mileage, repair history, warna dan pelbagai lagi parameter yang boleh diubah mengikut kehendak atau keperluan kita.

Setelah mendapat 'target' yang kita inginkan, bolehlah melawat kereta tersebut di kedai pameran untuk check condition kereta dan mendapatkan butiran lebih lanjut. Kebiasaannya, kita akan cari di wilayah (ken) atau bandar (shi) yang sama. Sebab dekat dan mudah untuk berurusan.

Jangan takut nak pergi, orang Jepun akan layan sebaik mungkin. Tak ada nak pandang sinis walaupun pakai selipar capal dan seluar koyak. Hehe

Sekiranya berminat dan bersetuju untuk beli, dapatkan terus maklumat yang tertulis dalam Vehicle Inpection Certificate (車検証) kereta tersebut. Ini penting untuk step seterusnya.

2) Cari parking dan isi borang Parking Certificate (自動車保管場所証明 / 車庫証明)


Setelah membuat keputusan untuk membeli kereta, menjadi satu kewajipan untuk mencari ruang parking kereta. Di Jepun, kereta tidak boleh parking sesuka hati. Setiap kereta yang dibeli, wajib ada surat kebenaran parking kereta. Tak ada surat ni, TAK BOLEH beli kereta. Di Nagoya, kadar sewaan sebuah petak parking kereta adalah sekitar ¥7000 (RM280) - ¥10000 (RM400) sebulan. Mahal maintenance nak pakai kereta kat sini.😅

Jadi kita kena cari petak parking kereta. Kebanyakan apartment menyediakan ruang parking untuk penduduknya, tetapi dalam jumlah yang terhad. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kawasan 'private parking' di sekitar kawasan perumahan kita.

Syarat untuk menyewa petak parking mestilah dalam radius 2 km dari alamat rumah kita. Setelah memilih ruang parking yang bersesuaian, kita harus berjumpa dengan tuan tanah/tauke parking untuk membuat 'kontrak/perjanjian bertulis'.

Kontrak ini sebagai bukti kita mendapat kebenaran untuk parking di situ. Dan kita juga memerlukan tandatangan tuan tanah parking pada borang Parking Certificate (自動車保管場所証明 / 車庫証明) ini. Borang ni boleh dapatkan daripada salesman kedai kereta.

3) Kebenaran polis


Borang Parking Certificate (車庫証明) perlu diisi dengan maklumat kenderaan yang saya nyatakan pada (1), maklumat parking termasuklah alamat dan lukisan peta petak parking dan juga butiran peribadi kita. Setelah siap diisi, borang ini perlu di hantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam daerah yang kita tinggal.

Kita wajib mendapatkan cop pengesahan polis pada borang ini. Pengesahan ini siap dalam masa 4 hari bekerja, dengan bayaran ¥2700 (RM108).

Yeayy settle dah borang! Ehhh belum lagi! Ada satu lagi dokumen tak cukup.😅

Kita juga perlu dapatkan Seal Registration Certificate (印鑑登録証明証) dari Ward Office. Kemudian barulah settle! Basically nak dapatkan dua dokumen ni je:

- Parking Certificate (車庫証明)
- Seal Registration Certificate (印鑑登録証明証)

Ada dua dokumen ni, BOLEH beli kereta (duit pun kena ada juga 😆😆😆). Tapi nak dapatkan dua dokumen ni, makan masa seminggu dua juga.😄

4) Hantar dokumen dan buat bayaran


Dah ada dua dokumen di atas, kita hantarlah ke salesman yang uruskan kereta kita. Barulah dia boleh uruskan pendaftaran dan penyelenggaraan kereta kita sebelum 'delivery'. Proses ini memakan masa selama 2 minggu. Pembayaran perlu dibuat sebelum atau pada hari 'delivery'. Kemudian boleh lah ambil kereta baru! Yeaayyyy.

Kesimpulannya, tempoh membeli kereta di sini memakan masa lebih kurang SEBULAN, bermula selepas kita membuat keputusan untuk membeli kereta yang diinginkan. Kalau banyak pilihan kereta dan nak survey di banyak kedai, maka makin bertambah panjanglah tempoh tersebut.

Dan sesiapa yang tinggal di luar negara lebih dari setahun, anda layak mendapat satu permit import/approved permit (AP). Tapi syaratnya, kereta yang hendak dibawa pulang ke Malaysia wajib berusia 5 tahun ke bawah dari tarikh pertama kereta itu didaftarkan.

Inshaallah satu hari nanti saya akan kongsikan cara berurusan membawa pulang kereta ke Malaysia pula. Semoga coretan kali ini membawa manfaat dan semoga Allah merahmati kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan