Baii: Gua Dah Cuba Proton Satria Neo Lotus Racing!

Proton Satria Neo R3 dan R3 Lotus Racing – bukti kejuruteraan tempatan bukan calang-calang!

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Proton Satria Neo R3 dan R3 Lotus Racing – bukti kejuruteraan tempatan bukan calang-calang!

Gua rasa dalam kebanyakan kereta-kereta Proton pasca Mitsubishi, satu-satunya kereta yang boleh gua terima secara konsepnya, ialah Neo.

Picture

Waja mungkin kereta pertama Proton, tapi masih lagi berkongsi platform dengan Mitsubishi dan Volvo. Gen2 dan Persona memang gua tak puji dan tak kutuk, biasa-biasa sahaja, Exora? Susunan lampu belakangnya macam tak kena dengan garis bahu dan kontur tepi, depannya sempurna. Saga BLM? Walaupun Proton cenderung kepada keEropahan, pada pandangan peribadi gua, kereta ni nampak keKoreaan. Design yang gua tak pasti samada disedari atau tidak.

Proton Satria Neo Lotus Racing

Neo? Satu-satunya kereta yang gua rasa macam nak beli. Tapi seperti mana-mana orang tua yang kini berumur 75 tahun dengan anak 15 orang dan gaji RM1500, mana mungkin gua nak beli kereta ni. Kecuali satu hari nanti gua jadi penulis/pengacara macam Clarkson atau Hammond. Tapi masa tu mungkin umur gua dah menjangkau 134 tahun.

Cerita pun tak guna, blog nampak macam gempak, geartinggi konon. Orang lain dan lama post test drive Neo ni, sekarang baru gua nak tulis. Seperti yang lu orang semua tahu, sesi awal pandu uji kereta ni terpaksa ditunda ‘ke satu tarikh yang akan ditetapkan’ yang mana tarikh tersebut ialah minggu lepas. Khamis ke Rabu, gua tak ingat. Lepas sehari dua macam tu, adik gua telefon, mak gua pitam masa tengah masak, masuk hospital dan injap jantungnya didapati lemah. Gua jadi tak keruan, mood nak menulis lenyap entah kemana.

Proton Satria Neo Lotus Racing.020

Nasib baik kat tangan Ahmad Syukran Zainuddin masa tu ada sebijik Hyundai i30 test drive unit. Bergegas gua rembat balik kampung, nasib baik segalanya terkawal. Gua dah nak pos artikel ni minggu lepas lagi, tapi bila taip-taip artikel dan baca balik, gua rasa macam Mastika pun ada. Lebih baik gua gelakkan diri gua sendiri sebelum digelakkan dek Mak UIA, Matpon dan setan-setan kat sini [terutama sekali Sepat Myvi Siam].

Amacam? Dah 300 perkataan, haram satu pun gua tak sentuh lagi pasal pandu uji ni. OK. Kita melencong tempat lain dulu. Proton. Setiapkali artikel gua kelar dalam paper, mesti berduyun emel yang masuk. Yang puji, yang keji, yang optimis, pesimis, nasionalis, termasuklah emel dari budak-budak dalam Proton yang mendakwa gua memang anti Proton. Ada sekali tu siap kata Perodua bagi gua rasuah suruh kutuk Proton. Amacam? Kalau betul, lu rasa apasal gua beli Modenas Akademi Fantasia dan bukan ER6?

Proton Satria Neo Lotus Racing.049

OK. Pada hari yang penuh bersejarah tersebut. Tinggal tak sampai 10 orang lagi pengamal media yang belum test kereta ni. Di sebabkan pagi itu ada event BMW 7 series yang mana gua dan ‘Superman’ tidak menemukan tempatnya di Ampang, kitorang terus bergerak ke USJ, sebab hendak mengambil foto i30. Seperti yang dijangka, Ahmad Syukran Zainuddin khuatir sampai lewat di kilang Proton, baru pukul 1 dah ajak gerak, jadual pukul 2. Apa barang, ikut Hicom tak sampai 10 minit dah terpacak di lobi Proton.


Picture

Test
  • Pertama kali gua duduk dan pegang stereng Neo Lotus ni, gua tak impress pasal sterengnya masih standard Neo. Stereng ni bagi gua memang tak boleh blah, teksturnya tidak cukup bagus untuk digenggam, kalau bawak kereta bersiar-siar kat Titiwangsa mungkin sesuai. Tapi untuk sebuah kereta sport, patutnya dipasangkan dengan stereng Momo atau setidak-tidaknya stereng macam Satria Gti dulu yang ada airbag tu.
Handling
  • Gua bukanlah pandai sangat resing-resing ni. Tapi gua amat sensitif dengan kualiti pengendalian. Kalau nak komen yang betul-betul 100 peratus tepat, gua rasa tak munasabah sebab sesi pandu uji ni sangat singkat. Total up gua rasa tak sampai 10 kilometer pun. Tapi bila diuji di trek ujian, maksudnya kereta ni boleh dilenjan secukupnya.
  • Seperti biasa, gua tak lenjan pun. Gua cuba dapatkan di mana peak tork dan kalajuan stabil untuk enjin yang dah dibuat aci sesondol, komputer dan ekzos ni. Kalau nak dibandingkan dengan versi standard CPS, memang lu orang boleh rasa momentum kereta ni lagi cepat. Walaupun di atas kertas 145HP, revvingnya boleh dikatakan sedikit linear, mungkin sebab masih kekurangan tork. Sekitar 15kg, kalau dapat dalam 2-3 kg pada 3k rpm, rasa gua lagi kick. Sebabnya? Suspensi kereta ni terlalu bagus.
  • Orang putih kata overkill. Ohlins Dual Valve System ni memang sejenis suspensi bolehlaras yang pelik. ‘melekat’ masa selekoh, tapi boleh hantar SMS lagi masa lalu dijalan yang tak rata. Pada istilah street racer, masa korner macam TEIN Flex tapi masa langgar lubang macam Monroe Sensatrac. Gua paling kagum ialah bagaimana stereng kereta ini boleh duduk tetap dan sangat mudah nak jangka tindakbalas stereng.

Proton Satria Neo Lotus Racing.018

Kalau lu orang ingat RM115K boleh dapat power macam FD2R lebih baik lupakan baik beli Evo 7 sekenhen. Amacam? Ayat komentar yang popular di kalangan mereka yang berasa dirinya adalah pakar automotif. Pendapat peribadi gua, kereta ni dicipta untuk enthusiast. Untuk orang yang tahu menilai dari sudut perspektif Lotus dan eksklusiviti 25 buah yang dibina. Macam orang beli jeans Evisu RM2K. Mereka mampu dan bukan sahaja mampu, tapi tahu nilai apa yang dibeli.
Ini bukanlah sebuah kereta. Ini adalah rekaan ikonik. Maksudnya lu orang beli sebuah ikon. Kalau beli kereta ni lepas tu nak titik semua kereta atas Highway, baik lupakan, baik beli keranda terus. Beli kereta ni sebab lu orang rasa ia adalah nilai tersendiri yang padan dengan RM115K itu. Hari-hari bawak pergi ofis, jumpa client, dating dengan isteri. Hujung minggu layan track day dan jangan harap nak parking saja, atau berembat di federal highway, bila kereta dah terlungkup, baru ingat mak bapak. Bila bagi nasihat suruh beli life insurance, keluar cerita agama.

Proton Satria Neo Lotus Racing.031

Gua tak nafikan, lu orang boleh beli Neo pekak, sumbat dengan enjin Evo lapan dan Brembo 19 pot sekalipun, tak ada siapa marah. Tapi sekali lagi, ia bukan tentang kelajuan semata-mata, ia adalah tentang dinamik kuasa dan pengendalian. Kalau tidak tak kan Neo S2K ralli tu berjuta harganya. Ia perlukan kejuruteraan dan penyelidikan yang bukannya boleh digoogle dalam internet sahaja. Perlu ada field test, angka-angka, nisbah dan juga reliabiliti jangkapanjang.
Seperti biasa, kita akhiri dengan point-point ala Chedet
  1. Lotus Neo tak dipasangkan dengan turbo sebab ia masih lagi sebuah Proton yang dijual secara sah dengan waranti. Maksudnya, letih nak ganti parts itu dan ini kalau rosak. Dalam industri, ia masih diistilahkan mass production. Tak caya, cuba beli E90 M Sport/Golf Gti lepas tu remap ECU tengok, senang-senang je dapat 20-30hp. Tapi kalau ada masalah, agak-agak manufacturer nak bagi waranti tak?
  2. Penambahan turbo sangat kompleks dan mengakibatkan perubahan struktur yang mana kosnya tidak padan dengan kereta yang nak dijual. Orang putih kata retrofit. Budak-budak muda sekarang kata hybrid. Terlalu banyak parts yang terlibat dan memandangkan Campro bukanlah sebuah enjin yang dicipta untuk divariasikan dengan force induction (kecuali Exora akan datang) jadi R3 tak nak ambil risiko tersebut.
  3. Offset rim Advanti ni 40mm, offset asal Neo 46mm. Sebab tu bila lu orang tenung betul2 kereta ni, nampak gagah sebab rimnya berada outer line dari model Neo lain yang nampak tempang sebab rim duduk terperosok dalam arch yang lebar.
  4. Clearance AP Racing antara caliper dengan bibir spoke ialah 4mm. Dari segi teorinya, rim yang boleh dipakai pada Neo ialah 44mm minimum. Tapi apa ada hal kalau bubuh TE37 ET35 ye dok?
  5. Bukan setakat Ohlins, ukuran caster kereta ini juga telah disesuaikan semula. Maksudnya, bila kita ambil selekoh, tayar akan beri kecondongan yang lebih.

Proton Satria Neo Lotus Racing.013

Soalan-soalan lazim gua yang jawapannya didapati meragukan
  1. Kenapa tak pakai stereng lain? – jawapan ‘jurucakap’ Proton – stereng asal ni dah direka homolagated dengan airbag
  2. Kenapa tak pakai seat Recaro? – jawapan – seat homolagated dengan airbag
  3. Kenapa tak pakai forged rim – jawapan – kos
Jawapan gua untuk diri sendiri
  1. Kos. Lu orang rasa masalah besarkah bagi Momo nak buat engineering research stereng apa yang sesuai untuk kereta apa dan bagaimana?
  2. Kos. jawapan gua sama dengan soalan nombor 1.
  3. Gua terima


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan