Toyota unjur untung bersih RM65 bilion


Toyota unjur untung bersih RM65 bilion

Toyota Motor Co, pengeluar automotif terbesar dunia mengunjurkan untung bersih naik kepada AS$18.1 bilion (RM65 bilion) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac ini yang disandarkan kepada penurunan nilai yen dan program pengurangan kos.

Pengeluar Corolla dan Camry itu berkata, syarikat mengunjurkan pendapatan sebanyak 27 trilion yen naik daripada unjuran sebelum ini 26.5 trilion yen.


Gambar fail menunjukkan pengunjung melihat model kenderaan keluaran Toyota yang dipamerkan di Tokyo, Jepun pada November tahun lalu. - Foto EPA

"Walaupun kami jangka pengurangan dalam jualan kenderaan, kami menaikkan unjuran untung operasi, ..dengan mengambil kira perubahan dalam perkiraan kadar tukaran asing kami dan kemajuan dalam kegitan menambah baik kadar untung seperti langkah mengurangkan kos," kata pengarah urusan Takuo Sasaki.

Syarikat automotif Jepun meraih manfaat besar daripada penurunan ketara nilai yen dan ditokok pula dengan peningkatan permintaan di beberapa pasaran penting termasuk Amerika Utara.

Di Jepun, jualan dalam tempoh sembilan bulan susut kepada 1.53 unit daripada 1.64 juta unit dalam tempoh sama tahun lalu, kerana pengguna menangguhkan pembelian berikutan kenaikan cukai jualan, kali pertama direkodkan dalam tempoh 17 tahun.

Jualan di Amerika Utara pada tempoh sama naik 7.4 peratus kepada 2.11 juta unit dalam tempoh sama.

Toyota juga menikmati peningkatan jualan di Eropah tetapi jualan di Asia menyederhana. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan