INFO PENTING UNTUK MANGSA BANJIR.
Kebanyakan harta benda akan musnah jika “banjir” sudah mengetuk pintu rumah anda, termasuklah kereta. Malang sekali, hampir semua insurans kereta tidak memberi perlindungan jika kereta dilanda bencana alam, seperti ditimpa pokok, diterbalikan oleh ribut kencang, dan termasuklah kereta yang ditenggelami air banjir.
Apabila terkena banjir teruk, kereta yang ditenggelami separa atau sepenuhnya sering diklasifikasikan sebagai “totaled”, “gone case”, lalu terpaksa dilupuskan. Walau bagaimanapun, sesetengah kereta ini, berakhir di kedai kereta terpakai.Pembeli perlu berhati-hati, kerana tidak semua peniaga akan berterus terang dengan anda apabila kereta tersebut pernah rosak disebabkan banjir, dan ia bakal menjejaskan kewangan anda suatu hari nanti.
Walaupun kereta kelihatan baik dan seolah-olah berfungsi dengan baik , masalah yang bakal menelan belanja mahal boleh muncul kemudian hari disebabkan hakisan karat yang terus menjalar di dalam komponen kritikal. Selain daripada wang, kereta seperti ini boleh membahayakan pemandu dan mungkin boleh membawa maut.
Perkara Pertama Anda Perlu Lakukan Selepas Banjir - Apabila Kereta Tenggelam Semasa Banjir
Apabila banjir telah surut, anda perlulah buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda.
Jangan hidupkan atau cuba hidupkan enjin kereta seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir.
Tindakan menghidupkan enjin akan menyebabkan kereta anda mengalami kerosakan lebih teruk. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa - satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.
Apabila enjin dihidupkan, aliran elektrik mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut akan alami kerosakan serius dan terpaksa diganti.
Kos untuk sebuah kotak komputer adalahlebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.
Contohnya, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).
Apabila sampai ke bengkel, periksa bahagian yang terkena air terutama bahagian elektronik dan rungkaikan semua kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.periksa dulu benda benda ini
Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
P/S : washing machine, peti ais n brg2 elektrik dan lain lain pun mcm tu.... jmur dulu bg kering pastu baru on..
sekian
SEBARKAN SEBANYAKNYA...
Seorang pemilik bengkel kereta, Mohd Roslan Dol dari Kuantan Pahang yang hampir 20 tahun berpengalaman dalam membaiki kenderaan menasihati agar jangan sekali-kali dihidupkan kenderaan tersebut apabila ditemu bual oleh Awani.
Perkara lain yang perlu periksa adalah minyak gear kerana perlu
dipastikan minyak gear tersebut tidak bercampur dengan air.
Walaubagaimanapun adalah menjadi satu amalan yang baik jika minyak gear dan minyak enjin diganti sahaja bagi memastikan kelancaran enjin kenderaan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
Walaubagaimanapun adalah menjadi satu amalan yang baik jika minyak gear dan minyak enjin diganti sahaja bagi memastikan kelancaran enjin kenderaan.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.