Bila Jutawan Rekod, Dedah Gelagat Orang Ramai Ketika Pandu Lamborghini (Video)

Video : Jutawan Rekod, Dedah Gelagat Orang Ramai Ketika Pandu Lamborghini

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Video : Jutawan Rekod, Dedah Gelagat Orang Ramai Ketika Pandu Lamborghini

Seorang jutawan dari New York, Allen Wong, yang merasa dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburu dengannya kerana memiliki kereta mewah, mengambil inisiatif mendedahkan gelagat orang ramai ketika mendekati kereta sport miliknya itu, Lamborghini Aventador.

Menurut laporan portal Mail Online, Wong mengambil inspirasi daripada video yang merakamkan seorang wanita yang sedang berjalan di sekitar kota ini berhadapan gelagat lelaki-lelaki yang lalu lalang di situ menganggunya.


Wong kemudian memutuskan untuk memasang kamera itu pada keretanya bagi melihat reaksi orang ramai apabila mendekati kere­tanya itu yang dibelinya pada harga 260,000 pound (AS$410,000).

“Saya fikir dengan memasang ka­mera pada kereta saya, akan menakutkan mereka menganggu kereta saya, selain melindungi kereta saya daripada penipuan agen insu­rans,’’ katanya.

‘Kejadian yang paling teruk saya lihat apabila tiga remaja lelaki duduk di atas bonet Lamborghini saya yang diletakkan di satu tempat letak kereta sambil menganggu gadis-gadis yang lalu lalang di situ. Bonet itu tidak kuat menyebabkan ia kemek.

“Selain itu, terdapat banyak kesan calar pada kereta saya akibat kunci yang diletakkan di belakang poket seluar atau kerana butang besi seluar individu yang duduk di atas kereta saya.

“Saya berjaya merakam aksi lebih 12 orang duduk di atas kereta saya semata-mata mahu mengambil gambar dengan kereta saya,” katanya.

Wong menjadi jutawan selepas berjaya mencipta aplikasi telefon yang diberi nama 5-0 Radio, sebuah alat pengesan untuk kegunaan polis.

Wong berkata, video dirakamnya itu pada mulanya bertujuan sebagai ‘sindiran’, tetapi mendakwa ia kini membawa ‘mesej yang jelas’ untuk memberitahu orang ramai supaya berhenti merosakkan harta orang lain. - Utusan Online


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan