Proton IRIZ Active Konsep Crossover sangat Mengujakan!


Proton IRIZ Active Concept tampil ranggi bagaikan crossover

Baru saja anda memuji penampilan sporty dan bergaya Proton IRIZ yang dilancarkan pada Jumaat lepas, Proton tidak menunggu lama untuk terus menunjukkan kebolehan model kompak keluaran terbaharu mereka itu.

Dinamakan Proton IRIZ Active Concept, model konsep bercirikan crossover dengan kedudukan pemanduan yang lebih tinggi itu diperkenalkan hari ini dalam acara Proton Alami bertempat di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam.

Sejujurnya, Proton IRIZ Active Concept ini sangat menarik dan ranggi. Model ini jika dipadankan enjin 1.3 liter turbo pasti akan mendapat sambutan hangat dari pasaran. Menurut laporan, Proton sememangnya bercadang untuk memproduksikannya.

Diharapkan Proton IRIZ Active Concept tidak hanya kekal sebagai sebuah model konsep sahaja. Proton mempunyai bakat dan keupayaan untuk terus maju ke hadapan bersama-sama IRIZ, jadi jangan sia-siakan setiap peluang yang ada. Proton Boleh!


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan