Axia kembar Myvi?
GAMBAR dan maklumat tentang model Axia sudah banyak dipaparkan di laman automotif tempatan dan model berkenaan akhirnya rasmi dilancarkan Isnin lalu.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Axia adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama negara.Model hatchback lima pintu itu sebenarnya berdasarkan model Daihatsu Ayla yang dijual di Indonesia. Namun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu model tersebut sepenuhnya direka tempatan dan memiliki sentuhan serta cita rasa Malaysia.
Dan huruf X pada nama Axia mewakili model keluaran ke-10 Perodua.
Daripada segi saiz, Axia sedikit lebih bes
ar berbanding Perodua Viva dengan dimensi panjang 3,640 milimeter (mm), lebar 1,620 mm, tinggi 1,510 mm tinggi dan jarak roda 2,455 mm. Sementara Viva pula memiliki panjang 3,575 mm, lebar 1,475 mm dan tinggi 1,530 mm serta jarak roda 2,390 mm.
Angka lain yang turut memberangsangkan adalah pada bahagian but. Model kompak itu menawarkan kapasiti ruang but 260 liter iaitu lebih besar 114 liter berbanding Viva dan 52 liter dengan Myvi.
Beralih ke bahagian kabin, pihak Perodua turut mendakwa Axia menawarkan ruang kaki yang lebih selesa dan lega. Dimensi kabin meneruskan lagi kelebihan Axia untuk berada di atas Viva. Kabin Axia memiliki panjang 1,900mm, lebar 1,385mm dan tinggi 1,240mm.
Pihak Perodua menawarkan empat varian di bawah model Axia bermula dengan model asas Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan varian tertinggi Advance. Varian tertinggi dan terendah dibezakan menerusi bampar dan gril serta lampu hadapan.
Bagi pembeli SE dan Advance akan menerima kit dengan penampilan lebih agresif iaitu gril trapezoidal lebih besar pada bahagian hadapan bersama lampu kabus pada bahagian sisi serta lampu hadapan projektor.
Bahagian belakang kedua-dua varian juga turut didatangkan dengan lampu belakang LED dan spoiler.
Sementara, versi Standard E and G lebih ringkas tanpa lampu kabus dan gril yang melintang dan lebih kecil. Bagi mereka yang memilih Standard E tidak akan menerima sistem audio. Menurut Aminar Rashid model tersebut disasarkan kepada pusat sekolah memandu dan pembeli yang menginginkan sistem audio tersendiri.
Peralatan standard yang ditawarkan bagi keseluruhan varian termasuk stereng kuasa elektrik (EPS), tingkap berkuasa, indikator Eco Drive dan pelumpuh enjin. Lebih unik juga Axia didatangkan dengan cangkuk anti-ragut di antara tempat duduk depan yang cukup berguna untuk menggantung beg tangan.
Cangkuk tersebut mampu menahan beban maksimum tiga kilogram.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87