Apakah Ini Mungkin Kereta Kompak Terbaru Keluaran Proton

Ini Mungkin Kereta Kompak Terbaru Keluaran Proton

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Ini Mungkin Kereta Kompak Terbaru Keluaran Proton

Semua orang dah mula berkata tentang Global Compact Car atau GCC keluaran Proton yang dijangka amat menarik. Apapun telah banyak gambar kenderaan terbaru dari Proton ini yang tersebar ke media sosial dan ada informer kami mengesahkan ianya memang wujud di kilang Proton sana. Ops!

Foto-foto ini mungkin diambil dari makmal ujian kemalangan MIROS kerana jelas terdapat pelekat yang tertera perkataan PC3 dan Safety Lab. Jadi bagaimana rupanya?


Bila Geartop selak semula keratan akhbar tahun lalu, Proton Emas yang disertakan bersama artikel tersebut memang nampak agak meleset. Nampak macam langsung tak sama kecuali kedua-duanya ada 4 tayar. Designer Proton Emas tu memang genius tapi mungkin sukar untuk direalisasikan Proton pada masa sekarang.


Kami harap ianya kena dengan selera anda. Apa yang pasti apabila dah dilancarkan nanti tentu ianya akan berjaya menambat hati ramai orang. Gambar yang tersebar awal selalunya memang nampak buruk (jujur).

Apapun Geartop percaya dengan kebolehan Tun Dr Mahathir yang baru-baru ini telah berazam untuk membawa Proton ke era penjenamaan yang lebih mewah di dunia. Kita tunggu dan lihat.

Apapun rekaan kereta yang dikatakan sebagai model Perodua terbaru yang diberinama Perodua Axia ini pada kami nampak lebih mengancam.


Apa pandangan anda?

+ Terima kasih kepada Funtasticko Design kerana berkongsi bersama kami.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan