Honda City model baru sedia ditempah di pusat pameran Honda seluruh Malaysia

Honda City model baru sedia ditempah di pusat pameran Honda seluruh Malaysia

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Honda City model baru sedia ditempah di pusat pameran Honda seluruh Malaysia

Honda Malaysia membuka tempahan bermula hari ini bagi model terbaru Honda City sebelum ia dilancarkan pada suku kedua tahun ini.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno, berkata Honda City generasi keempat itu boleh ditempah melalui 73 pusat jualan di seluruh Malaysia.

Picture
UENO (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia memperkenalkan model baharu Honda City di Kuala Lumpur.

Menurutnya, menerusi pelancaran itu nanti akan menyumbang 40 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda pada tahun ini.


"Honda City terbaru ini adalah segmen B pertama yang ditawarkan dengan enam beg udara dan juga Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA).


"Generasi keempat ini didatangkan dengan enjin 1.5 iVTEC dan dipadankan transmisi CVT yang dibangunkan dengan teknologi terbaru iaitu 'Earth Dreams' Honda," katanya.

Ueno berkata, harga kenderaan ini akan diumumkan tidak lama lagi, tetapi ia dijual dengan harga berpatutan dan bernilai untuk wang.

[2PS-New-Honda-City-2.jpg]
  [2PS-New-Honda-City-4.jpg]
 [2PS-New-Honda-City-5.jpg]
 [2PS-New-Honda-City-3.jpg]


[2PS-New-Honda-City-1.jpg]

Honda City terbaru itu ditawarkan dengan empat varian iaitu S,S+,E dan V.



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan