Detroit Electric Lancar Model Sedan Dan Hatchback Tahun Depan


Detroit Electric bakal melancarkan model sedan dan hatchback pada hujung 2014. Setakat ini model sedan dan hatchback masih lagi merahsiakan syarikat manakah yang bakal bekerjasama dengan mereka untuk menghasilkan model tersebut. Segalanya bakal diketahui ketika Shanghai Motor Show yang akan berlangsung pada bulan ini.
 
Adakah model sedan dan hatchback tersebut bakal dibangunkan bersama Proton? Sebelum ini mereka telah mengumumkan bakal menggunakan Proton Persona sebagai kereta elektrik mereka dan ujian telah pun dijalankan ke atas model tersebut. Namun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenainya.
 
Baru-baru ini mereka telah melancarkan kereta sport elektrik SP:01 yang menggunakan platform Lotus Elise. Adakah Detroit Electric akan menggunakan Proton Prevé sebagai model sedan dan hatchback itu? Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada Detroit Electric.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







sumber : funtasticko.com

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan