Selepas kejayaan Proton X70, seperti dijangkakan Proton X50 akan lebih mendapat sambutan setelah melihat kepada apa yang ditawarkan. Tempahan ke atas model ini juga dilihat melonjak sangat cepat.
M emetik dari laporan Paultan.org, Proton telah mengesahkan mereka telah menerima 27,400 tempahan setakat akhir Oktober 2020 dan sebanyak 447 unit SUV X50 telah dihantar kepada pembeli.Proton ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang menempah X50. Kami sedang berusaha untuk memastikan kami dapat menyempurnakan penghantar kenderaan dalam masa tiga bulan terakhir 2020 sambil memastikan produk kami berkualiti tinggi. – Kata CEO Proton EDAR, Roslan Abdullah.
Hari ini Proton X50 tiada rahsia lagi kerana Proton telah memberikan semua yang diinginkan pembeli dari segi tawaran yang menarik dan yang paling penting harga yang dilihat berpatutan berbading pesainnya.
SUV segmen-B ini adalah keluaran pertama Proton dan ditawarkan pada harga bermula RM79,200 (Standard), RM84,800 (Executive), RM93,200 (Premium), dan RM103,300 (Flagship) yang dilengkapi dengan auto parking.
Ramai juga yang mempersoalkan mengapa masih ramai yang membeli kereta baru pada waktu begini? Ini semua berlaku kerana potongan cukai yang diberikan kerajaan telah menarik minat pembeli. Jika tidak, harga Proton X50 pasti akan lebih tinggi selepas semua potongan ini ditarik semula.
Tapi perlu diingat, belilah mengikut poket kita sendiri. Jangan lihat orang ada kereta baru, kita nak juga kereta baru yang akhirnya cekik diri sendiri.
Kredit: Paultan.org